Biasanya, setelah menunaikan solat Subuh ada yang memilih untuk tidur seketika sebelum melakukan aktiviti harian. Namun, pernah tak anda terfikir mengenai hukum tidur selepas Subuh, Asar dan Maghrib?
Bagi menjawab persoalan atau tanda tanya tersebut, penulis kongsikan penjelasan penuh mengenai hukum tidur selepas ketiga-tiga waktu tersebut.
Baca juga: Doa Berlindung Daripada Tenggelam Ke Dalam Bumi, Amalkan Setiap Masa…
HUKUM TIDUR SELEPAS SUBUH, ASAR & MAGHRIB
Menerusi perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, meskipun tiada nas yang menghalang untuk tidur selepas subuh namun terdapat banyak galakan untuk menghidupkan amalan selepas subuh.
Dalam sebuah hadis, Nabi SAW telah bersabda:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا وَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشًا بَعَثَهُمْ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ . وَكَانَ صَخْرٌ رَجُلاً تَاجِرًا وَكَانَ يَبْعَثُ تِجَارَتَهُ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ فَأَثْرَى وَكَثُرَ مَالُهُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi. Adalah Nabi SAW, jika Baginda menghantar briged tentera, Baginda akan menghantarnya di awal siang. Adalah Sakhr itu seorang peniaga dan beliau memulakan perniagaannya di awal siang maka telah bertambah hartanya (mendapat keuntungan).” Riwayat Abu Daud (2606). Syeikh Al-Albaani menilainya Sahih.
Jelas di atas bahawa Nabi SAW sangat menitikberatkan mengenai pengurusan masa lebih-lebih lagi di awal pagi bagi seseorang muslim.
Ini dilihat dengan amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dari segi berzikir mahupun keluar kerja untuk mencari rezeki dan disebabkan oleh itu juga para ulama amat menjaga waktu selepas subuh mereka agar dipenuhi dengan perkara yang berfaedah lagi berpahala.
Kesimpulannya, hukum tidur selepas subuh adalah dibolehkan dan tidak menjadi satu halangan namun yang terbaiknya adalah dengan meninggalkannya berdasarkan hadis di atas iaitu elebihan menghidupkan waktu selepas subuh.
Ini termasuklah bagi mereka yang bekerja pada waktu malam dan terpaksa tidur selepas ubuh, ia tidak menjadi satu kesalahan.
Tidur selepas waktu Asar:
Selain itu, tiada hadis sahih mengenai hukum tidur selepas waktu Asar namun ia tidur pada waktu ini dikatakan boleh menghilangkan akal berdasarkan kepada tajrubah.
Ini bermakna ia boleh membawa kepada mudarat maka sebaiknya perbuatan ini dijauhi kerana setiap insan itu mesti menjauhkan dirinya daripada perkara yang boleh memudaratkan dirinya.
Di samping itu, jika seseorang itu memerlukan atau berhajat untuk tidur pada waktu tersebut maka ia dibolehkan.
Tidur selepas waktu Maghrib:
Terdapat hadis dalam Sahih Bukhari yang melarang kita tidur antara Maghrib dan Isyak:
عَنْ أَبِي بَرْزَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَان َ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ الْعِشَاءِ
Maksudnya: “Menurut Abu Barzah, Rasulullah SAW sebenarnya tidak tidur sebelum Isyak dan bercakap kosong selepas itu.”
Terdapat sebahagian ulama yang menyatakan larangan ini adalah disebabkan faktor waktu antara Maghrib dan Isyak. Walau bagaimanapun, pandangan mazhab Maliki dan Hanbali menyatakan bahawa hukumnya makruh jika tidur antara Maghrib dan Isyak.
Allah SWT menjadikan tidur untuk kita berehat kerana pada waktu siang manusia sibuk bekerja untuk mencari rezeki. Maka tidur pada waktu malam dapat mengembalikan tenaga untuk bekerja pada keesokan harinya dan begitulah sebaliknya bagi yang bekerja pada waktu malam.
Baca juga: Cara Pengurusan Jenazah Islam Dari A-Z, Ilmu Paling Bermanfaat Untuk Belajar