Biasanya, tanda slip disc yang dialami oleh seseorang itu apabila bunyi ‘pop’ di bahagian tulang belakang. Masalah ini boleh berlaku jika disc dalam tulang belakang berganjak keluar dari tempat asal.
Sekiranya anda sering mengalami sakit belakang, boleh cuba pergerakkan seperti perkongsian Flex Fisioterapi di bawah untuk memastikan ia slip disc atau tak.
Baca juga: Jangkitan Kuman Paru-Paru & Boleh Bawa Maut Jika Terdedah Najis Burung Merpati
PAKAR FISIOTERAPI KONGSI TANDA SLIP DISC, GERAK MACAM INI
Cara-caranya adalah:
1. Duduk di atas kerusi dan letakkan tangan anda ke belakang.
2. Kemudian, tunduk ke bawah dan luruskan satu kaki.
3. Seterusnya, pastikan jari kaki menghadap anda dan dalam keadaan lurus.
4. Tunduk sedikit dan sekiranya tiada sebarang kesakitan di alami di bahagian bawah belakang badan, itu tandanya anda tidak mengalami sebarang masalah slip disc.
Jika mengalami kesakitan ketika melakukan pergerakkan seperti di atas, dapatkan nasihat dan rawatan doktor dengan segera. Anda dinasihatkan untuk tidak membiarkan tanda slip disc itu kerana ia boleh menyebabkan aktiviti harian anda terganggu.
Antara tanda slip disc yang lain adalah:
- Sakit dan kebas pada bahagian sebelah badan
- Sakit di bahagian lengan dan kaki
- Sakit apabila berdiri atau duduk terlalu lama
- Sakit menjadi teruk ketika mengangkat barang
- Sakit ketika berjalan walaupun sekejap
- Rasa berdenyut-denyut atau sakit di bahagian tulang belakang
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa simptom slip disc ini mungkin berbeza, mengikut badan seseorang.
Semoga artikel ini memberi manfaat!
Video penuh:
@flex_fisioterapi Kalau muncul rasa sakit tu, haa segera jumpa pakar ya 🥲 #slipdisc #slippeddisc #lowerbackpain #backpain #physiotherapy #fisioterapi #fyp
Baca juga: Jangan Biarkan Telur Mata Lebih 4 Jam Lepas Masak, Elak Jadi ‘Tempat’ Bakteria!
Sumber: TikTok Flex Fisioterapi