Sihat

Jangkitan Kuman Paru-Paru & Boleh Bawa Maut Jika Terdedah Najis Burung Merpati

20
SHARES
JANGKITAN KUMAN PARU-PARU

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi milik Public Health Malaysia, jangkitan kuman paru-paru boleh berlaku sekiranya terdedah kepada najis burung merpati.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati jika lalu kawasan yang penuh dengan najis burung merpati kerana ia mengandungi kuman.

Baca juga: Tukang Kebun Kongsi ‘Rahsia’ Guna Soda Penaik Untuk Tanaman, Serangga Pun Lari!

JANGKITAN KUMAN PARU-PARU PUNCA DARI NAJIS BURUNG MERPATI

JANGKITAN KUMAN PARU-PARU

Jelasnya lagi, jangkitan paru-paru merpati atau “pigeon lung” berlaku disebabkan apabila spora kulat atau bakteria dari najis burung disedut dan masuk ke dalam paru-paru.

Kuman kulat Histoplasma capsulatum yang terdapat di dalam najis burung akan menyebabkan anda mengalami gejala demam, batuk, letih, dan dalam kes yang teruk, jangkitan paru-paru yang kronik.

Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan jangkitan Cryptococcus neoformans & Psittacosis (Ornithosis). Ini bermakna anda perlu elakkan memberi makanan kepada burung merpati atau berlari ke arah kumpulan merpati seperti sering dilakukan oleh orang ramai.

Biasanya, kuman ini akan menjangkiti sistem pernafasan (paru-paru) dan boleh merebak ke sistem-sistem lain. Histoplasmosis diketahui boleh mengakibatkan maut walaupun jarang sekali berlaku.

Kesimpulannya, jika melakukan kerja-kerja membersihkan najis burung, pastikan anda memakai pelitup muka dan sentiasa menjaga kebersihan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara DIY Pembersih Kabinet Guna Bahan Dapur, Berkilat Macam Baru Beli!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×