Sesetengah pembersih kabinet yang dijual di luar kadangkala boleh menyebabkan peralatan rumah terhakis kerana bahan kimia terlalu kuat. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, anda boleh buat sendiri sahaja di rumah dengan menggunakan bahan sedia ada.
Lebih menarik lagi, pembersih kabinet buat sendiri ini lebih berkesan dan mudah sahaja untuk menggunakannya. Pasti kabinet anda kelihatan seperti baharu!
Baca juga: 10 Tips Rumah Kekal Bersih & Wangi Macam Hotel, Ramai Belum Tahu!
PEMBERSIH KABINET BUAT SENDIRI, MUDAH & BERKESAN
1. Minyak & cuka
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 5 sudu besar cuka putih
- 2 cawan air suam
– Satukan semua bahan di dalam botol semburan dan goncang sehingga sebati.
– Kemudian, sembur adunan di kain dan lap kabinet kayu untuk menghilangkan kesan kotoran yang ada.
– Cara ini lebih selamat kerana kabinet kayu tidak akan rosak.
2. Cuka
Bahan-bahan:
- Cuka putih
- Air suam
– Campurkan cuka dan air suam ke dalam botol semburan. Goncang sehingga sebati.
– Sembur di kawasan kabinet yang kotor dan biarkan 3-5 minit sebelum mengelap.
– Setelah itu, lap perlahan-lahan sehingga kotoran hilang.
3. Pembersih kabinet – baking soda dan minyak
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan minyak
- 1 cawan baking soda
– Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau sehingga menjadi pes. Jika terlalu cair, tambahkan sedikit baking soda.
– Kemudian, sapu di kabinet dan biarkan sehingga 5 minit.
– Gunakan kain basah untuk mengelap pembersih kabinat tadi.
– Lap sehingga bersih dan ulang proses ini jika kotoran masih tidak hilang.
4. Garam dan cuka
Bahan-bahan:
- Garam
- Cuka
– Sediakan garam dan cuka sama banyak dan satukan bahan di dalam mangkuk.
– Kacau sehingga sebati dan sapukan pes di kawasan yang kotor.
– Biarkan beberapa minit sebelum menggosok menggunakan berus gigi untuk menanggalkan kotoran.
Mudah sahaja sebenarnya cara DIY pembersih kabinat dan anda boleh mencubanya.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Bau Badan Pasti Hilang Bila Minum Air Rebusan Ini, Guna 2 Bahan Je!
Sumber: Tips Bulletin