DIY & Kraf

10 Tips Rumah Kekal Bersih & Wangi Macam Hotel, Ramai Belum Tahu!

18
SHARES
PETUA RUMAH BERSIH

Artikel kali ini penulis ingin kongsikan petua rumah bersih dan wangi yang boleh dicuba. Tips ini masih ramai lagi yang belum tahu kerana tidak dipraktikkan di rumah.

Jadi, untuk dapatkan rumah yang bersih dan wangi seperti di hotel, boleh ikut petua di bawah ini. Ada 10 tips anda boleh cuba!

Baca juga: Bau Badan Pasti Hilang Bila Minum Air Rebusan Ini, Guna 2 Bahan Je!

PETUA RUMAH BERSIH DAN WANGI MACAM HOTEL

PETUA RUMAH BERSIH

1. Roti wangikan peti ais

– Ambil dua atau tiga keping roti kemudian letakkan ke dalam peti ais.

– Biarkan lebih kurang seminggu atau sehingga roti itu kering.

– Roti akan menyerap semua bau-bau kurang enak di dalam peti ais.

2. Bersihkan kipas

– Bersihkan kipas dari semua habuk.

– Kemudian, tuangkan pelembut pakaian ke dalam bekas tanpa perlu dicampurkan dengan air.

– Celupkan span ke dalam pelembut dan sapu ke permukaan kipas.

– Biarkan selama 5 minit dan bilas dengan air.

3. Hilangkan bau cat dalam bilik/rumah

– Ambil bawang besar dan potong kepada dua bahagian.

– Letak di bahagian penjuru bilik atau rumah. Biarkan semalaman.

– Bau cat akan hilang dengan segera.

4. Petua rumah bersih – rak pinggan jadi baru

– Lapkan dengan air suam dan gosok rak menggunakan cuka.

– Kemudian, taburkan sedikit baking soda di bahagian bawah yang kotor.

– Anda pasti terkejut melihat hasilnya!

5. Cermin & pintu kaca berkilat

– Basahkan surat khabar dengan sedikit air lalu.

– Taburkan bedak talkum di cermin dan pintu kaca.

– Lalu lap menggunakan surat khabar tersebut sehingga bersih dan berkilat.

6. Bersihkan dinding berconteng

– Ambil sedikit mayonis dan lap pada kotoran di dinding.

– Biarkan seketika dan ambil tuala basah serta gosok dengan gerakan bulat sehingga kotoran hilang.

– Selain menggunakan mayonis, anda juga boleh menggunakan minyak bayi.

7. Kilatkan jubin kotor

– Ambil setengah baldi air dan campurkan dengan semangkuk kecil kapur sireh serta 5 sudu besar garam halus.

– Bersihkan permukaan lantai dengan cara ini sebanyak tiga kali seminggu.

8. Mangkuk tandas berkerak

– Siramkan cuka pada permukaan tandas.

– Biarkan selama 2 jam dan setelah itu gosok menggunakan berus.

– Segala kotoran pasti akan terhakis dan hilang.

– Bilas dengan air bersih.

9. Bersihkan kesan air kencing bayi

– Lap kawasan terkena air kencing bayi dengan menggunakan tepung jagung dan juga air sehingga bersih.

– Biarkan sehingga kering dan sapu sisa tepung jagung tersebut.

10. Petua rumah bersih – hilangkan sawang

– Ambil kayu kemudian ikat dengan kain yang direndam minyak tanah.

– Bersihkan sawang dengan cara ini lebih cepat dan mudah.

10 petua rumah bersih di atas diharapkan dapat memberi manfaat.

Baca juga: Cara Rawat Rambut Gugur & Botak Guna Air Rebusan Ini, Pasti Makin Lebat!

Sumber: Facebook Resepi Kampung

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×