Dapur

Resepi Roti Sosej Sos Bolognese, Buat Sekali Anak Mesti Minta Lagi!

34
SHARES
CARA BUAT ROTI SOSEJ

Artikel kali ini penulis ingin kongsikan cara buat roti sosej. Walaupun agak mudah didengari tetapi resipi ini berbeza kerana menggunakan sos bolognese di bahagian atas roti.

Sekiranya ibu-ibu di luar sana buntu untuk menyediakan makanan anak, boleh cuba resepi perkongsian di bawah ini. Sudah tentunya sedap!

Baca juga: Petua Lembutkan Daging Korban Paling Mudah, Guna Daun Ini Sahaja!

CARA BUAT ROTI SOSEJ SOS BOLOGNESE, LEBIH SEDAP

CARA BUAT ROTI SOSEJ

Resipi ini mudah sahaja tapi memang sedap. Nak buat untuk sarapan pun sesuai juga.

Bahan-bahan diperlukan:

  • Roti bun
  • Sosej (tak kisah jenama)
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 1/2 biji tomato
  • 1 sudu kecil serbuk oregano
  • 3-5 sudu besar sos pasta cendawan

Cara-cara penyediaan:

1. Kukus sosej selama 2 minit.

2. Kemudian, belah 2 roti dan kukus selama 1 minit.

3. Seterusnya potong dadu bawang besar dan tomato. Tumis sehingga layu.

4. Setelah itu, masukkan sos pasta cendawan dan sedikit oregano.

5. Kacau dan perlahankan api.

6. Perasakan dengan sedikit garam dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat.

7. Ambil roti dan letak sosej di bahagian tengah dan tuang sos bolognese di bahagian atas.

Siap dan sedia untuk dihidangkan. Menu ini pasti menjadi kegemaran anak dan boleh juga dijadikan idea sebagai bekal ke sekolah.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Kek Pandan Santan Viral, Berlemak Dan Lembut Macam Kapas!

Sumber: Facebook Dania Yusdi & Khabbab Jamalludin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×