Famili

Haram Pergi Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput, Tanya Tuan Rumah Dulu!

23
SHARES
KENDURI KAHWIN

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali ada kenduri kahwin pasti ada tetamu jemputan untuk meraikan pasangan raja sehari. Walau bagaimanapun, timbul isu mengenai kehadiran tersebut kerana dikatakan haram jika datang tanpa undangan.

Perkara ini diulas dengan lebih lanjut oleh Ustaz MD Hafiz Afandi di laman Facebooknya. Jangan ambil mudah mengenai undangan kenduri kahwin ini.

Baca juga: Suami Isteri Selalu Bergaduh Rupanya Sebab Rumah Kotor, Tak Sangka!

KENDURI KAHWIN TAK DAPAT SEMUA UNDANGAN, JANGAN PERGI

KENDURI KAHWIN

Luahan: “Kenapa orang kita susah nak faham jemputan ya? Dekat kad undangan dah tertulis nama suami dan isteri. Kenapa masih nak datang bawa anak cucu semua. Pening kepala dan stres sebab tempat duduk limited,” luahnya.

Pernah saya dapat jemputan kenduri kahwin yang hanya sebut nama saya sahaja. Jadi saya hubungi tuan rumah, adakah saya boleh bawa bersama anak dan isteri saya.

Dia cakap boleh, memang dia jemput satu keluargapun. Tiba-tiba ada 2 orang anak saudara datang bertandang ke rumah, diorang budak lagi takkan saya nak tinggal kat rumah, mestilah dibawa sekali.

Jadi sekali lagi saya hubungi tuan rumah untuk bertanya jika saya boleh bawa sekali 2 orang anak saudara saya tersebut. Dia cakap boleh ustaz, tak ada masalah.

Jadi saya datang dengan mereka semua ke tempat kenduri tersebut. Kita wajib berhati-hati dengan permasalahan ini sebab jika kita salah menghitung akan menyebabkan kita dan keluarga kita akan memakan makanan yang haram.

Jika tuan rumah hanya menjemput kita maka kita sahaja yang wajib pergi. Orang yang tidak dijemput haram dibawa bersama atau datang makan ke tempat kenduri tanpa jemputan kecuali kita minta izin dari tuan rumah tersebut.

Kesimpulannya, perkara ini perlu diambil berat agar kita tidak digolongkan dalam kalangan yang makan makanan haram.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pembaca semua pembaca di luar sana.

Baca juga: Suami, Tak Perlu Tunggu Banyak Duit. Bahagiakan Isteri Cara Sendiri Lebih Baik

Sumber: Facebook MD Hafiz Afandi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×