Suami Isteri

Isteri Boros Habiskan Gaji Sendiri, Suami Serabut Kena Beli Barang Rumah

19
SHARES
ISTERI MENGANDUNG

Perangai isteri mengandung sudah tentunya berbeza-beza. Sebagai seorang suami perlu sentiasa memahami agar mereka berada dalam keadaan tenang dan rasa dihargai.

Namun lain pula yang berlaku kepada seorang lelaki ini apabila dia meluahkan rasa kecewa kerana isterinya kuat boros dan tidak pandai menguruskan gaji sendiri.

Baca juga: Suami Tengah ‘Turn On’ Mesti Tunjuk 8 Tanda Ini, Isteri Jangan Buat-Buat Tak Faham!

ISTERI MENGANDUNG BOROS, SUAMI SERABUT FIKIR

ISTERI MENGANDUNG

Menerusi luahan tersebut, suami memberitahu bahawa isterinya disahkan mengandung. Berita tersebut sudah tentu menggembirakan dirinya namun lain pula jadi.

Sebaliknya berlaku apabila suami menjadi serabut dan pening kepala kerana memberitahu isterinya suka membeli belah secara atas talian.

“Wife saya kerja dari rumah dan gaji tinggi. Tapi dia suka membazir beli skincare mahal, baju baru dan suka makan luar,” luahnya.

Tambahnya lagi, perkara ini lebih membuatkan dirinya pening apabila isteri tidak membantu membayar komitmen rumah. Suami kecewa kerana dia terpaksa membayar semuanya seorang diri.

“Isteri langsung taknak tolong bayar komitmen. Semua saya kena bayar seorang diri,” katanya.

Selain itu, suami juga berharap si isteri akan membantu memberi barangan bayi namun ia tidak berlaku kerana isterinya hanya membiarkan dia membeli seorang diri.

Perkongsian oleh lelaki yang tidak dikenali namanya itu sudah tentunya mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Rata-rata memberi nasihat kepadanya agar menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan betul dan berbincang dengan isteri secara berdepan untuk menyelesaikan segala sengketa.

“Itu tanggungjawab kita sebagai lelaki. Tak salah meluah tapi kena tahu peranan dan tugas sebagai seorang lelaki dan suami. Jika ada masalah bawa lah berbincang,” nasihat salah seorang pengguna media sosial.

Baca juga: Dianggap Tak Hormat, Suami Ceraikan Isteri Sebab Menyusu Badan Anak

Sumber: Facebook Cinta Suami Isteri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×