Suami Isteri

Dianggap Tak Hormat, Suami Ceraikan Isteri Sebab Menyusu Badan Anak

7
SHARES
SUAMI CERAIKAN ISTERI

Sudah menjadi kebiasaan bayi baru lahir pasti ibu sedaya upaya untuk memberikan susu badan berbanding susu formula. Namun lain pula kisahnya apabila seorang suami ceraikan isteri kerana tidak suka melihat perbuatan isteri menyusukan anak.

Menerusi perkongsian di aplikasi X, dapat dilihat si suami menghantar mesej kepada isteri kerana memberi bayi mereka susu badan.

Baca juga: “Jangan Sampai Bermadu…” – Suami Kecewa Isteri Asyik Tolak Nafkah Batin

SUAMI CERAIKAN ISTERI GARA-GARA LIHAT ANAK BREASTFEEDING

SUAMI CERAIKAN ISTERI

Jelasnya, bayi tersebut dilahirkan dalam keadaan normal dan bukan pra matang. Si suami beranggapan anak kecil itu tidak memerlukan susu badan.

“Dia bukan lahir pramatang dan lebih sihat daripada saya ketika dilahirkan. Awak perlu minta tolong jururawat kalau nak bagi dia susu. Dah terbukti secara saintifik susu formula lebih bagus dari susu badan,” katanya.

Tambahnya juga, tindakan si isteri menyusukan bayinya dianggap salah kerana ia seakan-akan tidak menghormati keputusan suami.

“Saya rasa awak tak hormat saya sebab beri susu badan kepada anak kita. Saya tak minat benda ini berlaku kerana saya rasa awak menipu,” luahnya.

Lebih mengejutkan apabila lelaki itu sanggup mengambil keputusan untuk menceraikan isterinya apabila keadaan kesihatan sudah kembali pulih.

“Saya akan ceraikan awak dan sila keluar dari rumah ini bila keadaan dah bertambah baik. Buat masa sekarang, duduk sahaja di dalam bilik itu dan jangan keluar,” ujarnya.

Si isteri akur dengan permintaan suaminya walaupun sudah menjelaskan keadaan sebenar. Dia tetap berkeras hati dengan keputusannya.

Baca juga: Hukum Suami Masukkan Jari Dalam Kemaluan Isteri, Orang Dah Kahwin Kena Tahu!

Sumber: X Ask_Aubry

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×