Suami Isteri

Suami Tengah ‘Turn On’ Mesti Tunjuk 8 Tanda Ini, Isteri Jangan Buat-Buat Tak Faham!

2
SHARES
SUAMI GHAIRAH

Hubungan suami isteri sudah tentunya lebih rapat dengan jalinan seksual. Namun tidak semua isteri memahami tanda suami ghairah dan hanya membiarkannya sahaja.

Perkara ini perlu dititikberatkan agar isteri tahu apa langkah seterusnya jika suami menunjukkan tanda-tanda di bawah. Ikuti perkongsian penuh ini.

Baca juga: Dianggap Tak Hormat, Suami Ceraikan Isteri Sebab Menyusu Badan Anak

TANDA SUAMI GHAIRAH, ISTERI AMBIL TAHU TAU

SUAMI GHAIRAH

1. Suka duduk rapat dengan pasangan

Suami ghairah dapat dilihat apabila dia suka duduk secara rapat dengan pasangan. Dalam masa yang sama, si suami juga akan melalukan sentuhan seperti memegang tangan isteri atau memeluknya.

2. Sering tersenyum

Setiap kali bersama anda atau bercakap, pasti si suami akan selalu tersenyum. Ini kerana di dalam fikirannya memikirkan hal romantik yang berkaitan dengan seksual.

3. Selalu puji isteri seksi

Selain itu, tanda suami ghairah yang lain adalah dia sering memuji anda kelihatan seksi. Ini termasuk dari segi dandanan rambut, pemilihan baju dan lain-lain hal.

4. Tak senang duduk

Tanda suami sedang ghairah dapat dilihat melalui perbuatannya iaitu dia akan tidak senang duduk. Ini bermakna si suami pasti akan selalu membetulkan pakaian terutama bahagian seluar.

5. Gugup dan gelisah

Secara umumnya, lelaki akan rasa gugup dan gelisah ketika bersama orang tersayang. Tanda ini sering berlaku kerana tarikan seksual lebih dari segalanya.

6. Banyak bercakap tentang seks

Selanjutnya, suami ghairah dapat dilihat apabila dia sering bercakap tentang hubungan seks. Di sini jelas kelihatan dia sedang memberi hint ingin bersama anda.

7. Selalu gigit atau jilat bibir

Sekiranya sewaktu bersembang, si suami sering gigit atau jilat bibir ini mungkin kerana dia berghairah untuk melakukan seksual.

8. Suka simpan tangan dalam seluar

Tanda ghairah yang terakhir suami suka memasukkan tangan ke dalam poket seluarnya. Tindakakan ini berlaku kerana dia cuba menyembunyikan keghairahannya.

Sekiranya suami anda menunjukkan tanda ghairah di atas, dia pasti ‘mahu’ anda.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Rumah Tangga Macam Ini Idaman Semua Orang, No.2 Ramai Terlepas Pandang

Sumber: Marriage

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×