Famili

Maksud Di Sebalik Warna Emoji ‘Hati’…Barulah Tak Salah Faham Bila Guna!

80
SHARES

Emoji di telefon pintar merupakan sistem yang dicipta untuk menggambarkan perasaan manusia. Jika dulu simbol <3 dihantar kepada pasangan atau keluarga dalam menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang.

Kini, semakin dunia bergerak ke hadapan simbol itu telah bertukar wajah dalam bentuk emoji yang berbentuk ‘hati’ dalam pelbagai warna dan jenis untuk menggambarkan dengan lebih jelas perasaan cinta seseorang itu.

Baca juga: Tips Didik Anak Tidur Berasingan, Elak Undang Isu Jenayah Di Kemudian Hari!

MAKSUD DI SEBALIK WARNA EMOJI ‘HATI’…

Namun, tak ramai yang tahu tafsiran warna dan jenis di sebalik emoji hati ini. Oleh itu, mari baca penerangan daripada petikan The Sun, untuk tahu lebih lanjut supaya perasaan yang anda ingin sampaikan kepada si dia lebih jelas.

Kadangkala untuk mengungkapkan rasa cinta pada si dia yang disukai, sangat sukar untuk ditafsir melalui kata-kata. Lantaran itu, biar emoji hati yang berbicara mewakili diri untuk meluahkan perasaan itu.

Tetapi apakah maksud di setiap itu? Di sini, kami kongsikan panduan emoji terbaik untuk ikon dan makna di sebalik setiap simbol hati…

Apakah maksud emoji hati yang berbeza?

Terdapat pelbagai jenis emoji hati yang tersedia untuk digunakan, tetapi yang mana satu yang sesuai untuk digunakan dan apakah maksudnya?

Menurut Wired, setiap ikon hati ini mempunyai maksud yang berbeza.

1. HATI PUTIH

Maksud

Hati putih boleh digunakan untuk tunjuk rasa cinta yang murni, tidak boleh dipisahkan. Ianya juga melambangkan kesucian dan kasih sayang.

Kegunaan:

Simbol hati ini boleh digunakan untuk mewakili kasih sayang ibu bapa terhadap anak, atau cinta yang akan bertahan walaupun diuji dengan waktu.

2. HATI MERAH

Maksud

Hati merah ini mewakili cinta sejati yang tiada tandingan.

Kegunaan:

Ia boleh digunakan untuk menyampaikan rasa keghairahan dan cinta kepada pasangan.

3. HATI HITAM

Maksud:

Sesetengah pengguna internet memilih hati ini apabila mereka cuba menyatakan satu bentuk jenaka sensitif. Selain digunakan untuk menyatakan jenaka yang sensitif, hati hitam juga melambangkan kesedihan.

Kegunaan:

Berlawanan konteks dengan hati merah, ikon ini mewakili kesedihan atau kesakitan.

4. HATI KUNING

Maksud:

Hati kuning bermaksud kegembiraan dan persahabatan.

Kegunaan:

Di Snapchat, ikon hati ini akan muncul di sebelah nama orang yang paling digemari.

5. HATI HIJAU

Maksud:

Nama lain untuk ikon ini adalah ”emoji hati cemburu”. Digunakan untuk menggambarkan perasaan cemburu dan kehidupan yang sihat.

Kegunaan:

Selain menunjukkan perasaan iri hati, ia kadangkala melambangkan kehidupan organik dan sihat.

6. HATI UNGU

Maksud:

Di sebalik maksud hati ungu ialah perasaan sensitif dan melafakan perasaan kasih sayang, selain bermaksud kemewahan.

Digunakan:

Apabila pengguna di media sosial berkongsi gambar solekan atau pakaian mereka, mereka selalunya akan menanda simbol hati ungu.

7. HATI BIRU

Maksud:

Emoji hati biru menunjukkan kepercayaan, keamanan dan keharmonian.

Kegunaan:

Ikon ini telah diterima pakai oleh mereka yang cuba menunjukkan sokongan untuk Kesedaran Autisme.

8. HATI JINGGA

Maksud:

Hati jingga bermaksud persahabatan dan ambil berat. Anda mungkin ingin menggunakan emoji ini untuk menunjukkan perasaan tenang, penjagaan dan keselesaan kerana warna itu sering dikaitkan dengan kehangatan dan cahaya.

Kegunaan:

Boleh dihantar kepada rakan sebagai tanda sokongan dan memberi semangat.

9. HATI BERDEGUP

Maksud:

Maksud disebalik emoji hati berdegup ialah sebagai penggera jantung dan menunjukkan bentuk intensif emoji hati klasik.

Kegunaan:
Ia sering digunakan oleh mereka yang mempunyai perasaan gementar atau berdebar apabila menghantar mesej kepada orang yang disayangi.

10. HATI MEMBESAR

Maksud:

Emoji hati semakin membesar yang mempunyai hati di dalam hati, bermakna saiz hati atau perasaan cinta seseorang semakin besar dan mendalam.

Kegunaan:

Ia digunakan untuk menunjukkan perasaan yang semakin memutik dan kadang-kadang digunakan oleh pengirim mesej yang berasa seperti sedang jatuh cinta.

11. HATI RETAK

Maksud:

Emoji hati retak bermaksud perasaan yang sedang merana sinonim dengan situasi patah hati atau cinta telah berpaling.

Digunakan: 

Ia sering digunakan untuk mewakili perasaan menderita, pengkhianatan dan hilang kepercayaan.

12. HATI BERKILAU

Maksud:

Hati yang memantulkan kilauan ini menunjukkan emosi nakal dan cinta yang manis. Menurut, Dictionary.com, hati berkilau bermaksud “menunjukkan cinta dan kasih sayang, selalunya dengan nada gembira, suka bermain atau manis”.

Kegunaan: 

Emoji hati berkilau, juga dikenali sebagai emoji bintang hati, sering digunakan oleh Instagrammer untuk menarik perhatian pengikut mereka.

13. HATI BERTANDA SERU

Maksud:

Hati tanda seru ialah emoji yang sesuai apabila anda bersetuju sepenuhnya dengan seseorang atau menunjukkan keghairahan anda pada sesuatu topik.

Kegunaan:

Anda boleh memilih hati ini jika anda bersetuju sepenuhnya dengan seseorang, atau ingin menunjukkan keterujaan anda.

14. HATI DIPANAH

Maksud:

Maksud di sebalik hati dipanah ialah jatuh cinta atau semangat yang kuat. Hati yang menampilkan anak panah seperti Cupid, mewakili jatuh cinta atau pasangan baru.

Kegunaan:

Gunakan ini pada permulaan percintaan untuk menunjukkan anda terpikat, atau gunakan pada Hari Valentine untuk menunjukkan semangat cinta itu masih ada.

15. DUA HATI

Maksud:

Emoji dua hati bermaksud cinta yang sedang mekar dan masih saling mencintai.

Kegunaan:

Anda boleh memilih simbol ini untuk menunjukkan cinta dan semangat bersama pasangan serta untuk menunjukkan rasa romantik.

16. HATI REBEN

Maksud:

Emoji hati dengan reben melambangkan hati sebagai hadiah. Lebih tepat lagi, anda memberikan hati anda kepada seseorang seperti anda memberi si dia hadiah sebuah hati.

Kegunaan:

Hantar emoji ini kepada si dia yang anda terpikat untuk menunjukkan kesetiaan anda.

Sumber: The Sun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×