Suami Isteri

7 Titik Sensitif Badan Wanita Yang Suami Perlu Tahu, Tengok Mana Dia Suka Kalau Disentuh!

17
SHARES
titik sensitif wanita

“Rasa suram je hubungan seksual dengan suami, sampai tak ambil tahu ke titik sensitif wanita dekat mana..”

Mempunyai hubungan di ranjang dengan suami yang memuaskan adalah penting dalam menjamin kebahagiaan perkahwinan. Hal ini kerana, ia merupakan salah satu punca penceraian yang dibangkitkan ramai semata-mata si pasangan tidak memenuhi kepuasan ranjang masing-masing.

Oleh itu, penting bagi setiap pasangan mengenali ‘soft spot’ atau titik sensitif sebelum melakukan hubungan seksual. Hari ini, kami kongsikan dahulu 7 titik sensitif wanita yang si suami perlu tahu supaya dapat membangkitkan ghairah seksual isteri. Barulah puas!

Baca juga: Ini Bukan Borak L*cah, Pasangan Bercinta Kena Tanya 11 Soalan Seksual Ini Sebelum Kahwin

7 TITIK SENSITIF WANITA YANG SUAMI PERLU TAHU

titik sensitif wanita

1.Punggung isteri

Punggung merupakan anggota badan yang sensitif buat seorang wanita tidak mengira siapa. Bukan sahaja sebagai tontonan umum ia merupakan anggota yang sensitif dan perlu dilindungi, malah punggung juga merupakan titik sensitif bagi wanita ketika berhubungan intim bersama suami.

Mungkin si suami boleh menggunakan teknik memukul punggung isteri dengan lembut atau menyentuhnya dengan lembut. Mungkin ini merupakan tanda untuk si isteri menjadi lebih ghairah.

2.Tengkuk

Kalau orang tersentuh bagai tengkuk atau leher ini secara tidak sengaja pun kita akan geli bukan? Tengkuk merupakan antara kawasan sensitif wanita yang mudah membangkitkan rasa ghairah kalau dirangsang dengan betul. Kalau hembusan lembut dari si suami mampu melemahkan si isteri, apatah lagi kalau berikan gigitan asmara di kawasan tengkuk isteri.

3.Telinga

Mungkin ada yang suka atau rimas jika si suami menumpukan titik sensitif di bahagian telinga. Kalau si suami mahu menggigit, atau menjilat telinga si isteri buat pertama kali, test dahulu dan jika tidak suka maka anda boleh gunakan cara lain pula bagi menaikkan ghairah isteri.

Seperti yang ditonton dalam filem Hollywood, si suami juga boleh bisikkan kata-kata 18SX ke telinga si isteri supaya mereka terangsang.

4.Tapak tangan pun titik sensitif wanita

Nampak simple tetapi tapak tangan wanita merupakan lokasi sensitif wanita yang paling mudah untuk terangsang. Apa kata main-main dahulu tapak tangan isteri secara lembut sambil mencium bahagian sensitif isteri yang lain. Ini juga merupakan proses ‘memanaskan badan’ sebelum melalukan hubungan di ranjang.

titik sensitif wanita

5.Puting payudara

Payudara wanita merupakan anggota badan yang sensitif dan perlu dilindungi seperti punggung. Kalau salah orang yang tersentuh, boleh mengamuk dibuatnya! Jadi, payudara serta puting payudara merupakan salah satu titik yang boleh menaikkan ghairah secara maksima! Para suami kena belajar teknik yang betul nak manja-manja dengan isteri tau.

6.Bibir titik sensitif wanita

Mengambil tahu teknik bercumbu dengan betul pun boleh menaikkan rangsangan terhadap si isteri. Aktiviti foreplay ini bukan hanya sekadar bercumbu biasa sahaja dengan isteri, malah anda juga boleh mengigit ringan bibir isteri supaya mereka lebih bersedia dalam ‘mood’ untuk aktiviti di ranjang.

7.Bahagian dalam paha

Sebelum memulakan aktiviti ranjang, suami boleh menggunakan kawasan dalam paha isteri sebagai lokasi untuk menggoda. Hal ini kerana, bahagian dalam paha ini sangat sensitif dengan sentuhan, belaian serta jilatan jadi si suami kena manfaatkan lokasi badan ini. Tetapi, perlu diingatkan bahawa jangan gigit bahagian dalam paha isteri ini kerana boleh ‘potong mood’!

*Jadi, bila suami dah selamat bereksplorasi dengan titik sensitif si isteri, inilah masanya untuk anda meneruskan perjalanan ke alam cinta dan berasmaradana sehingga kemuncak!

Sumber: Medicine.Net

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×