Anda tidak memerlukan aktiviti mewah untuk memulihkan hubungan romantis seperti mula bercinta dulu. Cukuplah perkara-perkara sederhana yang boleh memupuk perhatian dan komunikasi. Berikut terdapat 7 tips mengeratkan kembali hubungan suami isteri yang sedang suram untuk dicuba. Semoga cinta kalian semakin marak!
Baca juga: 6 Kelebihan Bersenggama Ketika LAMPU MENYALA, Cepat Klimaks Lihat Lekuk Tubuh!
HUBUNGAN SUAMI ISTERI, 7 TIPS ERATKAN SEMULA!
1. Elak berpisah tempat tidur
Penting untuk suami dan isteri tidur bersama. Biarpun sedang bergaduh, cuba elakkan dari berpisah tempat tidur kerana terdapat kemanisan yang tersembunyi apabila berada dalam ruang yang sama.
Di mana-mana sahaja ruang yang bersesuaian, anda boleh tidur bersama, sama ada di atas katil mahupun sofa. Tidur bersama dapat mengeratkan lagi kasih sayang di antara suami isteri.
2. Mandi bersama
Satu kajian dari OHSU Center for Women’s Health mencadangkan untuk mandi bersama. Jika mama dan papa belum pernah melakukan ini, maka sekarang adalah masa yang tepat untuk mencuba.
Minta izin pasangan anda untuk mandi bersama, kemudian cuci kepala, punggung dan bahagian tubuh yang lain. Lakukan sambil bercerita tentang aktiviti harian masing-masing.
3. Tonton filem kegemaran bersama pasangan
Bilakah kali terakhir anda menonton filem bersama pasangan? Walaupun anda mempunyai jadual yang padat, jangan lupa untuk terus melakukan aktiviti ini dengan kerap.
Dengan menonton filem, mama dan papa dapat bersama-sama mempelajari sesuatu yang baru dan kemudian membincangkannya bersama-sama. Filem juga boleh digunakan sebagai terapi hubungan.
Apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu diperbaiki dalam hubungan adalah salah satu perkara yang boleh dipelajari sebagai pasangan melalui filem.
Baca juga: 7 Posisi Senggama Orang Perempuan Paling Suka, Tak Payah Malu-Malu Minta Suami Cuba!
4. Beri urutan pada pasangan
Urutan adalah cara untuk menunjukkan cinta anda kepada pasangan tanpa mementingkan diri sendiri. Ia juga merupakan aktiviti romantis dengan pasangan yang sesuai untuk membuatnya lebih santai.
Pakar menyatakan, urutan memberikan banyak manfaat, termasuklah berkongsi hubungan yang lebih baik secara fizikal dan emosi. Urutan juga merupakan cara mudah dan berkesan untuk pasangan meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental sambil menunjukkan rasa sayang antara satu sama lain.
5. Masak bersama-sama
Aktiviti romantis seterusnya yang boleh anda lakukan bersama pasangan ialah memasak bersama. Aktiviti menarik ini adalah cara untuk meluangkan masa berkualiti bersama pasangan.
Kajian dari OHSU Center for Women’s Health mencadangkan agar suami terlibat daripada memilih resipi, membeli-belah untuk barangan runcit, menyediakan hidangan, hingga proses pembersihan. Keakraban emosi yang luar biasa akan berlaku apabila isteri memasak bersama dengan anda.
Baca juga: Cik Abang, Ini 5 Cara Betul Basuh ‘Barang Dalam Seluar’, Bukan Main Sembur Air Saja Tau!
6. Bernostalgia tempat pertama kali dating
Nostalgia ke tempat-tempat yang pernah dikunjungi oleh anda berdua, mampu menghidupkan kembali kenangan yang mungkin telah dilupakan. Rancang semula temu janji romantis dengan pasangan supaya hubungan kalian tidak membosankan.
Boleh juga bercuti ke tempat-tempat romantis yang anda berdua tidak pernah pergi. Mungkin ini peluang untuk bulan madu yang kedua!
7. Rutin membaca buku bersama
Cari bacaan romantis seperti puisi atau novel untuk dibaca bersama pasangan. Kemudian, bincangkan isi bacaan itu untuk bertukar pendapat.
Aktiviti membaca buku pasti akan membantu ibu dan ayah mengenali satu sama lain. Kerana, setelah membaca buku yang sama, mama dan papa boleh berkongsi pemikiran, idea dan fantasi antara satu sama lain.
Kata pakar, bahan yang dibaca oleh pasangan juga boleh mendedahkan ciri-ciri dirinya yang mungkin belum anda kenali.
Baca juga: 10 Sebab Isteri Susah Capai Klimaks, Janganlah Cik Abang Marah-Marah!
Sumber: Orami
FT Image: freepik