Sihat

Cik Abang, Ini 5 Cara Betul Basuh ‘Barang Dalam Seluar’, Bukan Main Sembur Air Saja Tau!

13
SHARES
cara basuh zakar lelaki

Dalam menjaga kebersihan zakar, jangan hanya lap dengan tisu, tetapi anda mesti membersihkan ia dengan air. Juga, jangan pula sambil lalu sahaja alur air kerana organ lelaki yang satu ini perlu dicuci dengan langkah yang betul. Berikut adalah panduan atau cara basuh zakar lelaki dengan betul.

Baca juga: 10 Sebab Isteri Susah Capai Klimaks, Janganlah Cik Abang Marah-Marah!

CARA BASUH ZAKAR LELAKI

cara basuh zakar lelaki

Gambar: freepik

Melalui perkongsian dari Doktor Dyah Novita Anggraini, terdapat lima langkah membasuh zakar lelaki dengan betul. Caranya adalah seperti berikut:

1. Zakar dibilas dengan air bersih

Menurut Dr. Dyah Novita, zakar atau kemaluan lelaki hendaklah dibersihkan menggunakan air biasa. Jika boleh, gunakan air suam.

Anda boleh membersihkannya terlebih dahulu dari hujung hingga ke bawah zakar. Gosok zakar perlahan-lahan supaya sebarang bakteria yang melekat padanya dapat dibuang.

2. Pilih sabun yang bahannya lembut pada kulit

Sebenarnya tidak digalakkan mencuci atau membersihkan zakar menggunakan sabun. Sebabnya, sabun boleh merengsakan zakar, lebih-lebih lagi jika sisa sabun tidak dibersihkan dengan betul.

Menurut Dr. Dyah Novita kalau nak guna sabun pilih yang tak ada pewangi tambahan. Selepas itu, bilas semula menggunakan air suam.

3. Bersihkan bahagian kulup zakar

Bagi zakar yang telah berkhatan, pastikan semua bahagian dibersihkan dari batang zakar, kepala zakar, hingga ke skrotum. Jika anda belum berkhatan, bersihkan kawasan kulup zakar.

Cara melakukannya:

  1. Tarik perlahan-lahan ke had maksimum dan tarik semula ke atas supaya anda dapat melihat bahagian dalam zakar.
  2. Selepas itu, bersihkan kulit di bawah kulup dengan air dan gosok perlahan-lahan.
  3. Tolak perlahan-lahan kulup kembali ke kedudukan asalnya supaya tiada rasa sakit.

Baca juga: 5 Fakta Menarik Lesung Pipit Ramai Tak Tahu, ‘Kecacatan’ Muka Yang Digilai!

4. Cuci bulu kemaluan

cara basuh zakar lelaki

Gambar: jcomp

Bulu kemaluan pun kena cuci juga ya. Hal ini kerana, bulu pada organ intim boleh menjadi sarang bakteria penyebab penyakit.

Bahagian bulu kemaluan juga sering berpeluh dan boleh menyebabkan alat sulit berbau. Anda boleh mencuci bulu dengan lembut menggunakan sabun dan bilas sehingga bersih sekata.

5. Keringkan alat kelamin

Selepas dibersihkan, pastikan anda mengeringkan zakar dengan betul. Jangan langsung pakai seluar dalam apabila zakar masih basah.

Ini boleh menjadikan organ intim lelaki lembap dan berbau busuk. Keadaan lembap mencetuskan zakar menjadi sarang bakteria dan kuman.

Kesimpulan

Selain daripada kaedah asas di atas, anda disarankan untuk:

  • Menukar seluar dalam secara berkala
  • Jika pakaian dalam yang telah digunakan kotor, segera basuh dengan bersih kerana bakteria yang melekat pada pakaian dalam yang kotor boleh berpindah ke dalam zakar dan menyebabkan masalah kesihatan pada alat kelamin
  • Bawa pakaian dalam ganti jika melakukan aktiviti fizikal yang berat di luar rumah
  • Jangan memakai pakaian atau seluar dalam yang terlalu ketat kerana boleh mengganggu peredaran udara di kawasan organ intim anda
  • Pilih seluar dalam jenis kapas yang boleh menyerap keringat dan selesa digunakan

Baca juga: Tak Selesa Nak Kencing Bila Ulser Muncul Di Faraj, Ini Punca & Cara Atasi!

Sumber: KlikDokter

FT Image: v.ivash

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×