Cantik

5 Fakta Menarik Lesung Pipit Ramai Tak Tahu, ‘Kecacatan’ Muka Yang Digilai!

8
SHARES
fakta lesung pipit

Terdapat banyak fakta lesung pipit yang menarik untuk diketahui. Selain itu, lekukan kulit yang biasa terbentuk di pipi juga mempunyai pelbagai jenis dan corak. Antara jenisnya adalah lesung pipit di sebelah muka (unilateral) dan lesung pipit di kedua-dua bahagian muka (bilateral).

Nak tahu lebih lanjut, mari ikuti fakta lesung pipit di bawah.

Baca juga: 6 Tempat WAJIB Diurut Bila Sakit Kepala, Confirm Lepas Picit Lega!

FAKTA LESUNG PIPIT

fakta lesung pipit

Gambar: grossman capraro

Sesetengah orang mempunyai lesung pipit yang jelas kelihatan apabila mereka tersenyum. Lesung pipit adalah lekukan kecil pada kulit yang biasanya muncul di kedua-dua belah mulut.

Memiliki lekuk kulit ini memang boleh memaniskan penampilan wajah. Tidak hairanlah jika ada yang ingin memiliki lesung pipit dengan menjalani pembedahan. Jadi, jom lihat lima fakta menarik tentang ciri wajah ini.

Baca juga: 7 Kepercayaan Nenek Moyang Tentang Wanita TIADA DARA, Nombor 2 Paling Popular!

1. Boleh muncul di bahagian tubuh yang lain

Biarpun ia dipanggil lesung pipit, lekukan kulit ini bukan sahaja muncul di pipi tetapi juga boleh muncul di bahagian badan yang lain. Pada asasnya, lesung pipit terbentuk pada tisu bergerak.

Ini bermakna lekukan ini boleh berlaku pada pipi, dagu, lengan atas, bahu atau payudara jika dirangsang dengan betul. Selain itu, lesung dagu juga cukup biasa terjadi selalunya dipanggil sumbing dagu.

Kerutan kulit ini juga boleh berlaku di bahagian bawah punggung yang dipanggil sacral dimple. Ia berlaku apabila lekukan kulit terbentuk pada tulang sakral, yang terletak di dasar tulang belakang. Kebanyakan orang mempunyai satu atau dua lesung pipit di kawasan ini, tetapi sesetengah orang boleh mempunyai lebih daripada dua.

2. Lesung pipit boleh diwarisi

Lesung pipit adalah sifat dominan yang boleh diwarisi daripada ibu bapa kepada anak. Dalam erti kata lain, jika kedua ibu bapa anda mempunyainya, kemungkinan besar anda juga akan mendapat lesung pipit.

Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang mempunyai lesung pipit mempunyai anak yang memiliki lekukan ini juga. Hal ini kerana, corak warisan lesung pipit tidak dapat diramalkan. Itulah sebabnya beberapa penyelidik mengklasifikasikannya sebagai sifat dominan yang tidak teratur.

3. Sekitar 20% manusia di dunia memiliki pelbagai jenis lesung pipit

Menurut laporan seliaan Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia yang memiliki lekuk kecil pada pipi dan lebih 50% daripada jumlah itu mewarisi lesung pipit melalui ibu bapa mereka.

Ajaibnya, ia mungkin akan muncul ketika bayi tetapi hilang apabila mula masuk usia kanak-kanak, remaja atau dewasa bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya seperti penambahan berat badan, perubahan struktur muka serta faktor penuaan tubuh badan secara semula jadi.

Jadi, tidak hairan kalau ia boleh muncul atau hilang dengan tiba-tiba atas faktor-faktor tertentu.

Baca juga: Elak Jadi Sarang Kuman, Fahami 4 Langkah Cuci Tuala Yang Betul!

4. Boleh diperoleh melalui pembedahan

fakta lesung pipit

Gambar: scienceabc

Terdapat cara untuk mendapatkan lesung pipit iaitu melalui pembedahan plastik. Dimpleplasty ialah pembedahan plastik yang boleh memberikan anda lesung pipit pada muka dengan membuat hirisan, membuang sedikit lemak di bawah kulit untuk membuat lekukan kulit pada pipi.

5. Disebabkan oleh kelainan pada otot normal

Lesung pipit disebabkan oleh kelainan pada otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Otot ini terlibat dalam ekspresi muka. Itulah yang membantu anda mengangkat sudut mulut anda apabila tersenyum.

Pada orang yang mempunyai lesung pipit, zygomaticus major boleh dibahagikan kepada dua kumpulan otot yang berasingan dalam perjalanan ke mulut. Satu kumpulan bersambung di sudut mulut. Satu lagi dihubungkan di bawah sudut mulut dan juga dilampirkan pada kulit di atasnya.

Perpecahan pada otot ini boleh dirujuk sebagai otot zygomaticus major berganda atau bifid. Pergerakan kulit di atas otot zygomaticus major berganda apabila anda tersenyum menyebabkan lesung pipit terbentuk.

Baca juga: Bukan Pemerah Kuku Je, Ini Khasiat Daun Inai Ramai Tak Tahu Boleh Rawat Penyakit Rupanya!

Sumber: HaloDoc / HelloDoktor

FT Image: cnyhealth

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×