Sihat

Ini Tanda-Tanda Air Mani Encik Suami Sihat, Wow Kena ‘Check’ Ni!

2
SHARES
tanda-tanda air mani sihat

Anda tidak boleh mengetahui kuantiti dan kualiti sperma anda hanya dengan melihatnya kerana ia memerlukan permeriksaan lanjut di hospital. Tetapi untuk mengetahui tanda-tanda air mani sihat sebelum berjumpa doktor, anda boleh sahaja menilai melalui gaya hidup seharian.

Hal ini kerana, kesihatan yang terjaga dapat mempengaruhi sperma yang lebih sihat. Oleh itu, jom lihat senarai di bawah mengenai tanda-tanda air mani sihat.

Baca juga: Bayi Meragam Lepas Minum Susu Formula? Ini Sebabnya & 5 Jenis Susu Tanpa Laktosa!

TANDA-TANDA AIR MANI SIHAT

tanda-tanda air mani sihat

INI 4 TANDA AIR MANI SUAMI ANDA SIHAT

1. SUAMI RUPA YANG BIASA

Berita baik buat jejaka-jejaka di luar sana atau para suami yang mempunyai rupa sederhana sahaja! Mempunyai wajah yang biasa tidak bermakna keseluruhan pada diri anda tidak menarik.

Hal ini kerana, penyelidik Sepanyol dan Finland baru-baru ini mendapati bahawa, lelaki yang mempunyai wajah yang dinilai sebagai tampan cenderung mempunyai kualiti air mani yang lebih rendah daripada lelaki yang berwajah feminin.

Salah satu yang mungkin menjadi penyebabnya ialah teori dipanggil “tradeoff hipotesis.”

Di mana, lelaki mempunyai jumlah tenaga tertentu yang ditetapkan untuk menumpukan kepada sumber reproduktif. Dan tenaga itu mesti diagihkan kepada angka komponen yang berbeza.

“Oleh itu, jika seorang lelaki menggunakan lebih banyak sumber untuk pengeluaran air mani, dia mungkin mempunyai lebih sedikit sumber yang tersedia untuk membangunkan ciri seksual sekunder yang menarik, seperti wajah yang maskulin,” kata Jukka Kekäläinen, Ph.D.

2. MENYUKAI MAKAN IKAN

“Biar betul! Lelaki suka makan ikan mempunyai sperma berkualiti dan berkuantiti adalah tinggi?” Bunyi macam was-was, tetapi kenyataan ini telah disokong oleh penyelidik.

Penyelidik dari Universiti Harvard mendapati bahawa, lelaki yang banyak makan ikan terutamanya ikan salmon dan tuna, mempunyai 65 peratus kepekatan sperma. Di mana, ia jauh lebih tinggi daripada mereka yang tidak makan ikan.

Beruntung dapat suami kaki mancing, sudah tentu peluang dapat air mani yang sihat adalah tinggi!

3. SELUAR DALAM TIDAK TERLALU KETAT

tanda-tanda air mani sihat

Kajian 2012 dari U.K. mendapati bahawa, lelaki yang memakai seluar boxer bagi menggantikan seluar dalam yang ketat adalah 24 peratus kurang berisiko mempunyai kiraan rendah air mani.

“Seluar dalam longgar boleh menyebabkan suhu skrotum lebih rendah dan membantu peningkatan kualiti sperma berbanding seluar dalam yang ketat,” kata pengarang kajian Andrew Povey, Ph.D.

Jadi, puan isteri sebelum membeli seluar dalam suami, pastikan anda tahu ukuran saiz yang betul.

4. RAJIN PERGI GIMNASIUM

Menurut penyelidik dari Harvard, lelaki yang bersenam secara sederhana atau berat sekurang-kurangnya 15 jam seminggu mempunyai kepekatan sperma 73 peratus lebih tinggi berbanding lelaki yang tidak bersenam pada intensiti yang sama.

Beruntung badan isteri dapat suami kaki gym yang pandai jaga badan! Peluang ada air mani sihat tu dah cerah. Siapa sahaja yang tak suka, betul tak?

Sumber: Nutrition Line / Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×