Suami Isteri

Nafsu Tak Dipenuhi Punca UTAMA Suami Curang Dalam Pantang? Baca Lagi Sebab Lain Ini, Menyirap!

3
SHARES
suami curang

Perkataan curang merupakan antara yang paling dibenci khususnya oleh kaum wanita. Memang ada kes yang melibatkan wanita yang curang tetapi, lebih banyak isu yang membabitkan wanita dicurangi terutama sekali ketika berpantang bersalin. Mendapat tahu bahawa suami curang ketika si isteri sedang sedaya upaya sembuh dari kesakitan bersalin dan menjaga bayi sangatlah meluluhkan hati…

Tapi mengapa situasi ini berlaku? Atas faktor apakah yang mendorong si suami untuk curang terhadap isteri khususnya ketika berpantang selepas bersalin? Sampai hati dibuang macam itu sahaja…

KENAPA SUAMI CURANG SEMASA ISTERI BERPANTANG?
suami curang

1.TAK DAPAT MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM

Seperti yang anda tahu, si ibu akan berpantang selama 44 hari selepas bersalin, manakala perlu berpantang selama 100 hari dari melakukan hubungan intim bersama suami. Inilah masanya apabila si suami yang tidak dapat menahan keinginan untuk melakukan hubungan intim, secara diam-diam mencari ‘mawar’ yang lain.

2.TAK BERSEDIA

Jangan terkejut kalau ada juga dalam kalangan lelaki yang berkahwin sebenarnya masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata. Ini yang menjadikan si suami dalam fasa terkejut untuk menanggung perbelanjaan hospital, barang kelengkapan anak dan juga isteri semasa berpantang. Banyak juga kos yang perlu ditanggung tu! Jadi inilah masanya si suami lebih berpotensi curang dengan wanita yang lebih berduit.

3.HASUTAN KAWAN-KAWAN

Selain bisikan syaitan yang tak dapat dilihat, inilah bisikan syaitan secara fizikal yang perlu dijauhi. Menjadi kebiasaan, apabila keluar bersama rakan-rakan inilah masanya apabila topik perbincangan mereka selalunya berkisar mengenai perempuan. Bila isteri masih berpantang di rumah atau jauh di kampung halaman, si suami pula seronok keluar bersembang dengan rakan-rakan mengenai perempuan lain, bencinya!

4.KAHWIN KERANA NAFSU

Perkahwinan ini sememangnya ikatan yang indah antara seorang lelaki dan wanita namun perlulah berteraskan agama. Apabila berkahwin kerana nafsu, inilah yang mencetuskan rasa ingin curang terhadap pasangan. Mulalah apabila isteri berpantang tidak boleh melakukan hubungan intim, rasa ‘membuak-buak’ untuk mencari perempuan lain dan seterusnya jalinkan hubungan yang terlarang.

5. ACAH SINGLE

Ada ramai dalam kalangan si suami yang masih kelihatan seperti anak teruna walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak. Inilah peluang untuk si suami menggunakan paras wajah yang segak dan tampan ‘memancing’ wanita-wanita single di luar sana. Sampai rajin ‘like’ dan komen gambar perempuan lain di laman media sosial itu dah melampau!

suami curang

6.CARI KEBEBASAN

Ada juga yang mengatakan bahawa selepas menjalankan tugas sebagai suami dan ayah, lelaki ini akan mencari ruang kebebasan di luar selalunya bersama rakan-rakan. Maklumlah bila isteri tak dapat memberikan layanan seperti dahulu, mereka mula mencari kebebasan di luar yang menjurus kepada curang dengan wanita lain. Katanya, lebih bebas apabila bersama orang lain.

7.RASA BOSAN

Bosan boleh dibahagikan kepada bosan tidak dapat melalukan hubungan intim dan juga bosan dengan rutin yang sama sebagai suami. Tambah pula keadaan isteri yang sudah tidak secantik dahulu, bentuk badan dah berubah dan semasa berpantang pun tak sempat bersiap, mulalah pandangan mata si suami ini meliar dan curang di belakang si isteri.

*Apa-apa pun selesaikan dengan cara yang elok. Jika perkahwinan itu diteruskan atas dasar untuk menjaga hati dan tidak ikhlas, elok dilepaskan sahaja si isteri itu dari menyiksanya secara emosi…

Sumber: Scientific American

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×