DIY & Kraf

Cara Tanam Anggur Dari Biji, Paling Mudah Tapi Hasilnya Tak Sangka!

22
SHARES
TANAM ANGGUR DI MALAYSIA

Masih ramai lagi dalam kalangan kita yang belum tahu bahawa tanam anggur di Malaysia boleh hidup subur sekiranya menggunakan teknik yang betul.

Teknik tersebut mudah sahaja seperti dikongsikan di bawah dan anda tidak perlu membeli benih di kedai. Hanya menggunakan biji buah anggur.

Baca juga: Petik Buah Cili Kena Guna Teknik Betul, Kalau Salah Cepat Mati & Busuk!

TANAM ANGGUR DI MALAYSIA, INI CARA PALING MENJADI

TANAM ANGGUR DI MALAYSIA

Cara tanam anggur menggunakan biji adalah seperti di bawah:

– Buang biji dari buah anggur yang sudah masak. Kemudian, bilas dan rendam di dalam air selama 24 jam untuk melembutkan kulit biji buah anggur.

– Seterusnya, setelah direndam selama 24 jam, keluarkan biji dan masukkan di dalam bekas lebih besar. Pastikan ada lubang di bahagian bawah pasu untuk saliran yang lebih bagus.

– Tanamkan biji anggur sedalam 1 inci ke dalam bekas. Tutup dengan tanah dan siram menggunakan air.

– Letakkan bekas tersebut di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari selama 6-8 jam setiap hari.

– Ketika menyiram tanaman ini, pastikan tanah lembap tetapi tidak berair. Sediakan sokongan seperti tiang kecil di tengah tanaman agar pokok anggur boleh tumbuh menjalar.

– Anda juga perlu memberi baja setiap 4-6 minggu agar pokok anggur hidup dengan subur.

– Selain itu, dinasihatkan untuk sentiasa membuang kayu atau daun mati berpenyakit kerana ia boleh mengganggu proses pertumbuhan pokok.

– Ulang langkah ini setiap hari untuk mendapatkan hasilnya. Anda pasti teruja kerana berjaya tanam anggur di Malaysia.

Selamat mencuba dan semoga artikel ini memberi manfaat buat semua pembaca.

Baca juga: Petani Thailand Kongsi Rahsia Pokok Berbuah Lebat, Rupanya Kena Guna Bahan Ini!

Sumber: Facebook Brigita Endang Supriyati

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×