Deko & Hias

Lelaki Kongsi Pengalaman Cara Tanam Pokok Anggur Yang Betul Dan Subur Di Rumah

36
SHARES

Buah anggur antara buah kegemaran ramai dan menjadi pilihan buat mereka yang gemar bercucuk tanam kerana cara penanaman yang mudah dan sekaligus menjadi tanaman hiasan di tepi pagar dan sebagainya. Pasti tetamu yang hadir terkejut melihat kesuburan buah anggur tau.

Sebenarnya mudah sahaja kalau nak tanam anggur ini. Apa yang paling penting, skill kena ada dan betul seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook iaitu Hafiz Husin mengenai penanaman anggur di rumahnya.

Baca juga: 5 Jenis Pokok Yang Sesuai Tanam Di Rumah, Boleh Jimat Belanja Dapur Juga Tau!

CARA TANAM BUAH ANGGUR DI RUMAH

Saja belanja tips penyediaan media tanaman anggur cara saya. Sebenarnya saya tak ada lah tahu sangat teknik yang betul. Tapi macam ini lah yang saya buat setiap kali tanam pokok anggur. Penerangan ada di setiap gambar. Harap bermanfaat.

Mula-mula korek lubang kira-kira dua kaki.

Kemudian sediakan tinja kambing yang dah reput dalam 1 bekas.

Campakkan tinja kambing tersebut ke dalam lubang yang sudah digali tadi.

Gaulkan kesemua bahan-bahan ini. Nisbah 1:1 kesemuanya kecuali kapur pertanian tu agak-agak sahaja. Tujuan kapur itu untuk neutral kan keasidan tanah.

Seterusnya masukkan kesemua adunan yang telah digaul ke dalam lubang.

Biarkan dulu tanah ini dalam 7-14 hari untuk menyejuk. Tujuannya supaya media terkompos dengan sempurna atau jika nampak anak-anak rumput mula tumbuh di atas permukaan media, itu membawa petanda anak pokok anggur sedia untuk dipindahkan.

Setelah cukup tempoh 1-2 minggu, korek semula lubang dan gunting bahagian belakang polybag anak pokok anggur.

Masukkan anak pokok sekali dengan polybag ke dalam lubang tersebut.

Kambus tanah di celah-celah luar polybag itu yang berongga dan siram. Dah siap!

Peringatan, jangan siram kerap sangat ya musim-musim hujan, agak-agak tanah macam nak mengering baru siram. Hal ini kerana akar anak anggur sangat sensitif dengan air yang berlebihan.

Sumber: Facebook Hafiz Husin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×