Deko & Hias

5 Jenis Pokok Yang Sesuai Tanam Di Rumah, Boleh Jimat Belanja Dapur Juga Tau!

40
SHARES

Apabila berkebun di rumah, banyak manfaat yang dapat diperoleh daripada buah-buahan dan sayur-sayur yang segar hasil daripada kebun kecil yang dibuat sendiri. Walaupun tiada ruang atau tinggal di apartmen, terdapat banyak cara untuk berkebun di rumah.

Bagi yang suka menanam ibarat satu kepuasan bila melihat pelbagai tanaman sendiri di rumah. Bukan sahaja sejuk mata memandang, akan tetapi kalau dapat tanam herba atau sayur-sayuran memang sangat senang bila nak memasak di dapur.

Baca juga: Tips Luruskan Balik Karpet Yang Terlipat Dengan Guna 3 Bahan Sahaja

TANAMAN YANG SESUAI UNTUK DITANAM DI RUMAH

Untuk bercucuk tanam di rumah, anda bebas nak tanam apa pun. Eloknya tanam yang mudah dulu seperti serai dan kangkung. Nak lagi padu, tanam semua kategori.

Macam kat rumah aku, aku tanam semua lima kategori tanaman di rumah. Dalam setiap kategori tu, kita pilih tanaman apa yang kita selalu guna untuk masakan dalam tempoh satu minggu.

5 kategori tanaman yang boleh tanam di rumah:

1. Kategori Ulam-Ulaman

Ulam-ulaman adalah kategori yang paling cepat sekali dapat hasil atau makan. Ianya mengambil masa antara 3-6 minggu lepas tanam. Ia pun senang untuk ditanam. Tanam sekali je tapi dapat hasil berkali-kali. Ulam sangat banyak khasiat untuk kesihatan.

Biasanya, serangga tak suka makan pokok ulam ni. Penyakit pun jarang kena. Contoh ulaman yang mudah ditanam adalah:

  •  Bayam Brazil
  • Gingseng Indonesia
  •  Pegaga
  •  Ulam raja

2. Kategori Sayuran Berdaun

Boleh dikatakan sayur daun ini ada di setiap kebun dapur. Sayur daun pun tidak mengambil masa yang lama untuk berhasil. Antara 1-2 bulan sahaja.

Sayur daun dapat tuai hasil sekali je untuk satu pusingan kecuali kangkung. Antara sayur daun yang boleh kita tanam:

  •  Kangkung
  • Sawi
  •  Bayam merah
  •  Bayam hijau

3. Kategori Sayuran Berbuah

Sayur buah juga antara kategori yang tanam sekali tapi dapat hasil berkali-kali. Biasanya dapat kutip hasil antara 2 bulan lepas tanam dan boleh bertahan hingga 5 bulan.

Itu pun bergantung pada pengurusan dan penjagaan. Sayur buah yang biasa ada di kebun dapur adalah:

  • Bendi
  •  Cili padi
  • Terung

4. Herba

Herba ini boleh dikatakan kategori yang paling kerap digunakan dalam masakan. Jika tiada, masakan confirm tak sedap. Herba ini lambat sikit dapat hasil berbanding dengan kategori lain. Paling cepat pun 3 bulan.

Antara herba yang selalu digunakan adalah:

  • Serai
  • Halia
  • Kunyit
  •  Kesum
  •  Limau purut

5. Kategori Lain

Lain-lain tanaman yang ada di kebun dapur boleh dikatakan pelengkap kepada kategori di atas. Antaranya ialah:

  • Pandan
  • Kari
  •  Limau kasturi
  • Jagung

Apabila anda merancang untuk tanam tanaman di kebun dapur rumah mengikut keperluan, serba sedikit dapat jimat belanja dapur.

Yang paling penting adalah dapat makan sayur segar dan bebas racun kimia setiap hari. Semoga manfaat!

Sumber: Facebook Azuan Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×