DIY & Kraf

Cara DIY ‘Self Watering Pot’, Tak Perlu Risau Pokok Mati

28
SHARES

Pokok yang ditanam daripada benih hingga tumbuh dengan mekar pastinya membuatkan hati pencinta tanaman berpuas hati dan gembira dengan hasil titik peluh mereka. Hobi menaman pokok ini sebenarnya menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila tanaman tersebut membuahkan hasil.

Tetapi ada satu yang menjadi kerisauan, apabila ingin meninggalkan rumah dalam tempoh masa yang lama. Bagaimana dengan tanaman nanti? siapa yang mahu siramkan? Lepas ini tak perlu risau lagi, masalah tersebut boleh diselesaikan dengan membuat self watering pot.

Baca juga: ‘Tak Boleh Tahan La Sakit Gigi!’- 7 Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Guna Bahan Di Rumah

CARA BUAT SENDIRI SELF WATERING POT

Bahan-bahan:

  1. Pasu atau bekas yang tidak mempunyai lubang di tapak
  2. Bakul penapis plastik
  3. Paip PVC
  4. Kain kraf felt atau jaring

Bekas penapis plastik perlu dipotong seperti dalam gambar dengan ketinggian 3 inci. Bekas penapis plastik ini untuk dijadikan pemisah antara tanah dan air takungan.

Potang paip PVC sepanjang 1/2 hingga 1 inci. Bertujuan untuk diletakkan dalam pasu sebagai saluran air.

Kemudian, potong kain kraf felf mengikut ukuran bulatan bekas penapis plastik tadi.

Buat tanda had maksimum level takungan air.

Buat lubang air lebihan. Pastikan kedudukan lubang ini berada di bawah level maksimum yang telah ditanda supaya ada sedikit ruang udara di antara takungan air dan tanah.

Potong paip PVC sepanjang 2 inci untuk dijadikan saluran overflow.

Contoh bagi pemasangan paip overflow.

Pindahkan pokok ke dalam pasu. Lalu tuangkan air ke dalam saluran paip hingga air keluar di saluran overflow.

Air lebihan keluar dari saluran overflow, menandakan air sudah berada di paras maksimum.

Bagi permulaan pokok yang dipindahkan boleh disiram air sementara akar sampai untuk menyerap air dalam takungan pasu.

Untuk mengetahui paras air berkurangan boleh tambah lidi dicucuk dengan gabus untuk terapung sebagai penanda aras air. Dah siap!

Sumber: Facebook Mohd Azrin Roselan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×