Ikan patin popular dengan masakan gulai tempoyak dan gulai asam rong. Sesetengah orang lebih memilih ikan patin sungai berbanding kolam kerana rasanya yang berbeza.
Kedua-dua jenis peliharaan ada cara tersendiri dan sekiranya anda ingin tahu perbezaanya, ikuti perkongsian penuh di bawah. Jangan salah pilih ya!
Baca juga: Resepi Donut Susu Minion Gebu Macam Kapas, Sekali Cuba Pasti Teringat!
IKAN PATIN SUNGAI VS IKAN PATIN KOLAM, INI PERBEZAANYA
Berikut kami kongsikan dengan lebih jelas:
Ikan patin sungai
– Air ikan patin yang dibeli di dalam sangkar sungai sentiasa mengalir
– Ikan patin sungai lebih berkualiti berbanding kolam
– Isi lebih tebal dan warna lebih segar berbanding ikan patin kolam.
– Kurang lemak dan lebih banyak isi.
– Dijual dengan harga lebih mahal kerana penjagaan rapi.
– Lemak patin sangkar sungai tak bercantum dengan isi.
– Tekstur isi kurang melekit dan tidak berminyak
Ikan patin kolam
– Kolam berada di atas darat di mana pengaliran air bukan semula jadi dan mungkin menggunakan pump untuk pertukaran air.
– Ikan patin dibela di dalam kolam boleh menyebabkan isi berbau hanyir dan tidak sedap untuk dimakan.
– Saiznya lebih kecil dan warna isi berbeza dengan patin sangkar sungai.
– Isi ikan patin kolam juga lebih banyak lemak berbanding patin sungai.
– Dijual dengan harga murah.
– Lemak patin kolam bercantum dengan isi.
– Tekstur isi ikan lebih berminyak dan melekit.
Ada orang ‘fobia’ selepas makan ikan patin kolam keranya isinya hanyir dan tidak sedap berbanding sangkar sungai.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Betul Rebus Telur Burung Puyuh, Kalau Terlajak Waktu Jadi Tak Sedap!
Sumber: Facebook Mazli Mashudi & AzZain Mart