Sihat

Cara Hilangkan Perut Buncit Paling Mudah, Minum 4 Air Homemade Ini!

1
SHARES
CARA HILANGKAN PERUT BUNCIT

Masalah perut buncit sudah tentunya boleh mengganggu keyakinan diri baik lelaki atau perempuan. Selain melakukan senaman, anda juga boleh mencuba cara hilangkan perut buncit seperti perkongsian di bawah.

Menurut pengguna Facebook bernama No Or, empat air homemade di bawah boleh menyelesaikan masalah perut buncit. Paling penting sekali, kena konsisten. Jom cuba!

Baca juga: Makan Sayur Kubis Mentah Boleh Undang Bahaya, Ada Telur Cacing Jika Tak Dimasak!

CARA HILANGKAN PERUT BUNCIT, BOLEH MINUM 4 AIR INI

CARA HILANGKAN PERUT BUNCIT

Jangan ingat badan berisi sahaja ada masalah perut buncit. Kalau nak tau, orang kurus pun ada yang perutnya buncit dan menggeleber, lebih-lebih lagi bagi perempuan yang pernah mengandung dan melahirkan.

Antara cara hilangkan perut buncit adalah boleh cuba minum air di bawah:

1. Rebusan lemon, bawang putih & halia

– Potong halus 3 biji lemon yang tidak dibuang kulit. Kemudian, potong juga 3 labu bawang putih dan 2-3 inci halia.

– Campur bahan tadi bersamaan 1.5 liter air.

– Rebus dengan api perlahan selama 3-4 jam

– Sejukkan dan kisar. Hasilnya akan pekat seperti pati.

– Amalkan minum sebelum sarapan.

2. Air jamu detok

Bahan-bahanya:

  • 1 batang serai
  • 3 keping asam gelugur
  • 1 biji lemon
  • 1 inci halia
  • 2 ketul gula batu atau 2 sudu madu asli

– Bersihkan semua bahan dan masukkan bahan-bahan tadi ke dalam periuk bersama 5 cawan air.

– Masak hingga mendidih. Minum segelas pagi dan petang setiap hari. Lebihan air rebusan boleh disimpan di dalam peti sejuk.

– Keluar dan panaskan setiap kali nak minum.

3. Kapur makan & limau nipis

Cara penyediaan:

– Campurkan satu sudu kapur makan dengan air perahan dari sebiji limau nipis.

– Kacau sehingga sebati. – Sapukan ke perut sebelum tidur. Biarkan semalaman.

4. Air teh halia

– Bancuh teh hijau panas.

– Ambil setengah inci halia dan ketuk.

– Masukkan halia kedalam air teh hijau tadi.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca juga: 10 Tanda Kanser, Nampak Sihat Tak Mustahil Anda Penghidapnya, Jaga Kesihatan Sekarang!

Sumber: Facebook No Or

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×