Sihat

Makan Sayur Kubis Mentah Boleh Undang Bahaya, Ada Telur Cacing Jika Tak Dimasak!

9
SHARES
SAYUR KUBIS

Sudah menjadi kebiasaan, bila membeli burger pasti ada sayur kubis mentah di dalamnya. Walau bagaimanapun, menurut perkongsian Dr Rizal Abu Bakar di laman Facebooknya, tindakan tersebut boleh mengundang bahaya kepada kesihatan.

Jelasnya, perbuatan itu dianggap satu perkara yang ‘menyeramkan’. Hal ini kerana di dalam sayur kubis mentah, terdapat telur cacing pita (tapeworm).

Baca juga: 10 Tanda Kanser, Nampak Sihat Tak Mustahil Anda Penghidapnya, Jaga Kesihatan Sekarang!

SAYUR KUBIS MENTAH ADA CACING JIKA TAK DIMASAK?

SAYUR KUBIS

Telur juga boleh menetas menjadi larva dan bergerak keluar dari usus lalu membentuk sista pada organ, paru-paru dan hati sehingga menyebabkan penyakit yang serius.

“Seram tengok orang letak kubis mentah dalam burger. Kubis kena masak dulu kerana di dalamnya ada telur tapeworm,” ujarnya.

Tambahnya lagi, basuh sahaja tidak memadai kerana cacing tidak dapat dihilangkan. Jadi, caranya adalah anda perlu masak terlebih dahulu sebelum menggunakan sayur kubis.

“Basuh sahaja tak memadai. Kena masak baru mati tapeworm dan telurnya sekali. Jadi kalau nak makan ulam kubis, letak kubis dalam burger, pastikan dimasak dulu. Tapeworm ini tak nampak dengan masa kasar. Kalau nampak senang, boleh buang dengan tangan,” ulasnya.

CARA CEGAH JANGKITAN CACING PITA/TAPEWORM

Selain itu, antara cara mencegah jangkitan adalah:

1. Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum makan atau mengendalikan makanan.

2. Basuh sayur-sayuran dan buah-buahan dengan baik sebelum makan.

3. Cuci buah dan sayur dan masak sekurang-kurangnya seminit.

4. Elakkan makan daging atau ikan yang kurang masak atau mentah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Petua Rawat Lewat Datang Haid, Cuba Minum Air Homemade Ini. Senang Je Nak Buat!

Sumber: Facebook Dr Rizal Abu Bakar & The Health Site

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×