Baru-baru ini tular di media sosial mengenai isu peniaga makanan di mana dia menggunakan sarung tangan berwarna kuning untuk pengendalian makanan.
Perkara tersebut sudah tentunya mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman media sosialnya. Hal ini kerana tindakan peniaga tersebut adalah tidak betul.
Baca juga: KPM Mansuh Pengunaan Skor TP, Digantikan Dengan Bentuk Peratus Dan Gred
SARUNG TANGAN KUNING TAK SESUAI UNTUK KENDALIKAN MAKANAN
Jelasnya, penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian sahaja. Ia tidak sesuai digunakan ketika pengendalian makanan.
“KKM ingin memaklumkan penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan,” tulisnya.
Antara sarung tangan paling selamat digunakan untuk mengendalikan makanan adalah jenis nitrile (powder-free-glove). Hal ini kerana jenis ini tidak meninggalkan sebarang sisi kotoran.
“Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran. Bagi mengelakkan pencemaran silang sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja,” ujarnya.
Selain itu, KKM juga turut menawarkan Pensijilan Gred Makanan (Food Grade) untuk bahan bersentuhan makanan termasuk sarung tangan.
Pihak industri boleh memaparkan logo pensijilan tersebut pada produk yang dipersijilkan. Sebarang maklumat boleh layari http://hq.moh.gov.my/fsq
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Bimbang Anak Tak Fokus Bila Kelas Terlalu Ramai & Padat, Ini 5 Cara Ibu Ayah Boleh BUAT
Sumber: X Kementerian Kesihatan Malaysia