Famili

KPM Mansuh Pengunaan Skor TP, Digantikan Dengan Bentuk Peratus Dan Gred

17
SHARES
SKOR TP DIMANSUH

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek membuat pengumuman di mana skor TP dimansuh kerana kekeliruan ibu bapa dengan pengiraan tersebut.

Jelasnya, bermula sesi persekolah ini, pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademi (UASA) bagi semua mata pelajaran akan ditukar dalam bentuk peratus dan gred.

Baca juga: Sebenarnya 10 Ayat Ini Jadi PUNCA Anak Asyik Gaduh & Berdendam, Hati-Hati Bila Bercakap!

SKOR TP DIMANSUH, DITUKAR BENTUK PERATUS & GRED

SKOR TP DIMANSUH

Kredit imej: Harian Metro

Sebelum ini, UASA dipaparkan dalam bentuk tahap penguasaan (TP) iaitu antara 1 hingga 6. Pengunaan TP telah dipersoal oleh ibu bapa kerana kurang puas hati dengan skor yang diberikan.

“Sebelum ini, berlaku pertikaian dalam kalangan ibu bapa yang mempersoal bagaimana nak ukur prestasi pembelajaran anak mereka.

“Sebagai contoh, TP 6 itu apa (maksudnya tahap penguasaan bagaimana) dan selepas ini tiada lagi paparan TP sebaliknya ia dipaparkan dalam bentuk peratus dan gred,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, pengunaan TP masih digunakan dalam pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Selain itu, Fadhlina turut menjelaskan KPM sudah merancang kalendar akademik persekolahan tahun depan yang akan dimulakan pada Februari 2025.

Rancangan ini dibuat agar sesi persekolahan tahun 2026 dapat bermula seperti sebelum ini iaitu pada bulan Januari sehingga Disember.

Baca juga: Bimbang Anak Tak Fokus Bila Kelas Terlalu Ramai & Padat, Ini 5 Cara Ibu Ayah Boleh BUAT

Sumber: Kosmo Digital

Kredit imej: Kosmo Digital

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×