Pengenalan pranombor untuk anak sangat penting supaya mereka lebih memahami dan mahir menggunakan nombor dengan betul. Jangan terus marah kalau anak tak faham tambah dan tolak lagi sebab kemungkinan kemahiran asas pranombor pun mungkin belum power lagi.
Baca juga: Bagi Anak Minum Air Bacaan Doa Ini Supaya Terang Hati Dan Kekal Cerdas
PENGENALAN PRANOMBOR UNTUK ANAK, BARU LEBIH FAHAM
Nak tahu tak sebelum nak ajar anak mengenal nombor dan operasi nombor, mereka kena mahir dulu pranombor.
Apa itu pranombor? Pranombor adalah konsep asas matematik yang diperlukan sebelum kanak-kanak dapat memahami dan menggunakan nombor dengan betul.
Ini termasuk konsep pengelasan, padanan, seriasi, corak berulang/pola serta konsep kuantiti, perbandingan (lebih besar/kecil), dan urutan (pertama, ke-2, ke-3)
1. Pengelasan
Pengelasan merujuk kepada aktiviti mengelaskan objek atau benda kepada kumpulan berdasarkan ciri-ciri yang sama. Ini dapat membantu kanak-kanak mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara objek-objek.
Contoh: Mengelaskan objek mengikut warna, bentuk, jenis, dan saiz.
2. Padanan
Padanan merujuk kepada aktiviti mencari objek yang sama atau serupa berdasarkan ciri-ciri tertentu. Ini membantu kanak2 mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara objek2.
Contoh: Memadankan warna, corak, objek, gambar yang sama dan pasangan gambar yang berkaitan
3. Seriasi
Merujuk kepada menyusun objek/benda dalam urutan tertentu berdasarkan ciri-ciri tertentu seperti saiz, warna/bentuk. Ini mmbantu kanak-kanak memahami konsep urutan & mngenal pasti hbungan antara objek-objek.
Contoh: Menyusun blok-blok berdasarkan saiz dari yang terkecil ke yang terbesar.
4. Corak berulang/pola
Corak berulang atau pola merujuk kepada corak yang diulang secara sistematik. Ini membantu kanak-kanak memahami konsep urutan dan mengenal pasti hubungan antara elemen-elemen dalam corak.
Contoh: Mengulangi corak warna berulang seperti gambar di bawah
Penting juga untuk memasukkan elemen pengiraan dan pembilangan objek dalam setiap aktiviti kerana pengiraan objek juga membantu menguatkan kefahaman mereka terhadap hubungan antara kuantiti dan nombor.
Bila faham asas, baru ibu ayah boleh kenalkan kepada konsep nombor.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Si Manja Pasti Seronok Ada Mainan Sensori Guna Makanan, Mommy Kena Cuba Buat!
Sumber: Aplikasi X Cikgu Jasmin