Asuh

6 Jenis Buku ‘Recommended’ Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas, Pilihan Tepat & Tak Membazir

BUKU BAYI 6 BULAN

Kalau mommy daddy di luar sana sedang mencari buku bayi 6 bulan ke atas yang sesuai untuk dibaca bersama, di bawah ini ada beberapa rekomendasi.

Menurut Puan Wan Nur Syakira, setiap buku ada fungsi tersendiri dan pilihlah mengikut kesesuaian umur. Jangan salah beli, membazir nanti.

Baca juga: Anak Sentiasa Dengar Cakap & Mudah Berbincang, Ibu Bongkar Teknik Yang Diamalkan

BUKU BAYI 6 BULAN KE ATAS YANG SESUAI & KENA BELI

Ini antara buku yang boleh dibaca dengan bayi 6 bulan ke atas. Umur 6 hingga 12 bulan adalah fasa colour vision englightment. Ketika ini, dah boleh guna flash card atau buku yang lebih berwarna warni untuk tingkatkan sensitivity anak kepada warna.

BUKU BAYI 6 BULAN

Saya rekemen board book ini, My First Prophet Stories. Buku ini saya gunakan untuk anak saya yang umur sejak umur dia setahun 10 bulan.

Buku ini menceritakan tentang kisah-kisah para nabi secara ringkas dan amat sesuai digunakan oleh bayi/kanak-kanak yang bermula dari usia 6 bulan-2 tahun.

Gambar yang ada di dalam buku ini juga besar dan berwarna-warni , bagus untuk ransangan visual anak. Buku ini juga didatangkan dengan puzzle yang dapat membantu meningkatkan koordinasi tangan dan mata bayi/kanak-kanak.

BUKU BAYI 6 BULAN

Buku bunyi haiwan . Anak saya sangat suka! Buku ini saya pinjam di perpustakaan. Tapi boleh tengok dekat Shopee.

BUKU BAYI 6 BULAN

Beli di sini: Shopee

BUKU BAYI 6 BULAN

BUKU BAYI 6 BULAN

Puppet book. Yang ini beli dekat Big Bad Wolf jugak . Tapi tengok dekat shopee, ada juga seakan macam ni.

BUKU BAYI 6 BULAN

Beli di sini: Shopee

Tips pilih buku untuk bayi 6 bulan ke atas adalah:

  • Gambar besar, perkataan sikit
  • Fokus untuk banyakkan vocab dan kata kerja untuk bercakap
  • Kulit tebal
  • Buku material dari kain
  • Ada elemen sensori dan pelbagai tekstur dalam buku
  • Buku yang ada bunyi

Kalau buku material soft cover, jangan bagi anak pegang, kita bacakan dan tunjukkan saja untuk elak terkoyak. Hanya bacakan untuk si kecil 5 hingga 15 minit sehari. 5 minit pun jadi.

InsyaAllah, mereka akan menjadi mereka yang minat pada buku dan belajar sesuatu. Read aloud pada anak tak pernah sia-sia.

Baca juga: Nak Anak Suka Belajar Tapi Kalau Mama Papa Buat 5 Perkara Ini, Memang Tak Akan Menjadi!

Sumber: Facebook Wan Nur Syakira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×