Memilih bahan bacaan untuk anak-anak yang sedang melalui proses pembesaran adalah sangat penting. Hal ini kerana, buku cerita kanak-kanak yang mempunyai bahasa yang cantik serta kisah yang menarik boleh melatih anak-anak supaya suka membaca!
Oleh kerana kita berada di zaman digital, mama papa boleh sahaja muat turun buku cerita secara dalam talian. Berikut merupakan antara lima buku cerita secara digital yang anda boleh bacakan kepada anak-anak seperti apa yang kita baca semasa kecil dahulu.
Baca juga: Berita Baik! Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) Akan Diagihkan Bermula 13 Januari
5 BUKU CERITA KANAK-KANAK BOLEH DOWNLOAD, MEMANG SERONOK BACA!
Antara contoh buku cerita kanak-kanak yang boleh dimuat turun adalah seperti berikut:
1. Tiga Ekor Ayam
Cerita ini menceritakan tentang tiga ekor ayam betina yang tinggal berdekatan dengan hutan, kampung, dan sawah. Mereka hidup bahagia dengan saling tolong menolong. Suatu ketika terjadi musim kemarau sehingga makanan menjadi sulit dicari. Mereka akhirnya menemukan tiga butir padi yang berniat ditanam, namun akibat kelaparan masing-masing ayam memakan satu butir padi.
-Muat turun SINI
2.Si Bongkok Yang Lupa Diri
Cerita ini menceritakan tentang seorang anak bernama Si Bongkok yang cacat dan diejek oleh penduduk desa. Suatu hari, dia diberi kecantikan oleh seorang lelaki tua asalkan tidak sombong. Namun Si Bongkok lupa janji dan sombong kepada orang yang dulu mengejeknya, sehingga kecantikannya hilang dan kembali menjadi cacat.
-Muat turun SINI
3.Sang Buaya Ditimpa Pokok
Cerita ini menceritakan tentang Sang Buaya yang ditimpa pokok dan meminta tolong Sang Kerbau. Setelah diselamatkan, Sang Buaya menggigit kaki Sang Kerbau. Kemudian Sang Kancil datang dan berpura-pura tidak percaya cerita Sang Kerbau.
-Muat turun SINI
4.Kura-Kura Bersahabat Dengan Monyet
Cerita ini menceritakan tentang kura-kura dan monyet yang bersahabat. Suatu hari kura-kura membawa sebatang pokok pisang dan monyet meminta supaya dibahagi dua. Walaupun monyet bersikap tamak, kura-kura tetap mengalah demi persahabatan. Akhirnya pokok pisang milik kura-kura berbuah manakala milik monyet mati kerana tidak mempunyai akar.
-Muat turun SINI
5.Belalang & Semut
Cerita ini menceritakan tentang belalang dan semut yang berkawan. Semut mengajak belalang mencari makanan tetapi belalang enggan dan lebih suka tidur. Ketika musim hujan, belalang kelaparan tetapi semut menolak membantunya kerana belalang dahulu enggan mendengar nasihat semut untuk menyimpan bekalan makanan.
-Muat turun SINI
*Selamat membaca!
Baca juga: Trik Kupas Telur Rebus Supaya Anak Duduk Diam Di Kedai Makan, Fokus & Bebas Gajet!
Sumber: Freepik (foto), eCentral