Didik

Guru Adalah Penjawat Awam PALING RAMAI Tipu Cuti & Palsukan Surat MC- CUEPACS

17
SHARES
cuti mc

Berdasarkan Akta Pekerja 1955, pihak majikan perlu mengikut cuti-cuti yang telah diberikan oleh kerajaan malah, cuti rehat juga perlu diberikan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Namun, ada majikan yang bertindak sebaliknya yang menyebabkan ramai pekerja mengambil cuti MC.

Malah lebih mengejutkan lagi, terdapat satu golongan penjawat awam yang sering memalsukan medical certificate (MC) supaya dapat cuti tambahan kepada majikan iaitu golongan guru! Betul ke?

Baca juga: Contoh Surat Anak Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah Supaya Tak ‘Dicop’ Ponteng!

GURU, PALING RAMAI AMBIL CUTI MC!

cuti mc

Menurut Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), kebanyakan penjawat awam yang menipu dengan mengemukakan MC palsu adalah mereka yang gagal mendapatkan cuti sakit daripada pihak klinik atau hospital. CUEPACS mendedahkan bahawa golongan guru adalah kumpulan penjawat awam paling ramai terlibat dalam salah laku memalsukan MC.

Selain itu, ada juga guru yang dikesan sengaja memohon cuti kecemasan (EL) untuk kepentingan peribadi. Data mendapati setiap tahun kira-kira 1% hingga 2% daripada 10,000 penjawat awam dikenal pasti memberi cuti palsu selain sengaja menggunakan EL semata-mata mahu melanjutkan tempoh bercuti.

“Selalunya selepas cuti panjang akan ada penjawat awam yang bagi cuti sakit palsu terma­suk memohon cuti kecemasan. Kes ini lebih ramai berlaku dalam kalangan guru.

“Mereka ini (guru) tidak ba­nyak cuti tahunan seperti mana yang diterima oleh penjawat awam lain, sebaliknya mereka banyak bergantung kepada cuti persekolahan.

“Jadi ada yang tidak bertanggungjawab sehingga beri cuti sakit palsu semata-mata mahu sambung percutian,” katanya dipetik Kosmo.

BOLEH DIBUANG KERJA KALAU ‘KANTOI’

cuti mc

Tambah CUEPACS, mana-mana penjawat awam yang ditangkap menipu dalam menggunakan kemudahan cuti tersebut berdepan tindakan tatatertib termasuklah dibuang kerja. Namun, masih ramai yang melakukan perkara ini walaupun sudah mengetahui apa akibatnya mungkin kerana menanggap ia tidak serius.

Perbuatan tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana telah melanggar Akta Pekerja 1955 dan juga Peraturan 4(2)(f) dan (g), Peraturan-Peraturan Pegawai Am (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Susulan itu, Cuepacs ingin setiap kementerian dan jabatan terlibat untuk memantau perbuatan tersebut bagi mengelakkan ia menjadi semakin kronik dalam kalangan penjawat awam. Kalau masih berleluasa, bagaimana rakyat nak percaya dengan kredibiliti penjawat awam?

Baca juga: Rupanya Lebih 120,000 Murid Tahun 1 Dikesan TAK BOLEH Membaca, Menulis & Mengira

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×