Asuh

Nak Anak Suka Belajar Tapi Kalau Mama Papa Buat 5 Perkara Ini, Memang Tak Akan Menjadi!

ANAK TAK SUKA BELAJAR

Antara harapan ibu ayah adalah apabila anak mencapai umur 7 tahun, mesti sudah pandai membaca. Sebenarnya, jangan terlalu berharap dan memaksa si kecil kerana ini boleh menjadi punca anak tak suka belajar.

Menurut Mohd Fhais Salim di laman Facebooknya, lima punca yang dikongsikan ini ternyata ramai ibu ayah yang terlepas pandang dan ada melakukannya. Bahaya tau!

Baca juga: Nak Elak Anak Tantrum Tak Kena Masa, Jom Buat 5 Perkara Ini, Barulah Si Kecil Gembira!

ANAK TAK SUKA BELAJAR

Ini antara punca-punca anak jadi tak suka belajar sampai kena di paksa-paksa :

1. Terlalu menekan (presure) 

Jika kita terlalu obses nak anak belajar risau dia fobia. Sebut sahaja belajar dia stress sebab dia ingat how stressful dia kena paksa belajar masa kecil.

2. Letak expectation yang tak realistik 

Expectation kena ada tapi bila tak realistik, itu dah melampau. Expectation mesti ikut kemampuan anak, bukan ikut kemampuan anak orang lain.

3. Terlalu perfectionist 

Tulisan buruk sikit tak boleh. Buat salah sikit kena denda. Haih, belajar tak perlu sempurna malah sebab kita tak sempurna la kita kena sentiasa belajar tanpa henti.

4. Tidak enjoy belajar 

Sungguh ke proses belajar tu kena stress, kena paksa paksa & ugut ugut. Memang pelik la jika begitu.

5. Belajar kena pandai 

Ini lagi satu fahaman yang buat segelintir anak benci belajar. Belajar kena di ukur, yang pandai di julang-julang, yang tak pandai di sisih. Hmm.

Sudah sampai masanya kita didik anak kita belajar sungguh-sungguh, belajar dengan hati bukan otak semata-mata. Nak buat anak suka, minat & cinta pada belajar itu la hati tempatnya. Otak mana ada perasaan.

Baca juga: Si Ayah Asyik Buat 8 Perkara Ini Sampai Jadi Punca Anak Takut & Menjauh, Jangan Biar!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×