Didik

5 Sebab Ibu Perlu Jadi Tarzan Sebelum Anak Ikut Kata

6.8K
SHARES

“Pengsanlah Mama kalau terjerit-jerit macam ni setiap hari. Nak kata anak malas tu tak baik pula, tapi naik ‘berkerak’ jugalah kalau kita nak tunggu dia ikut kata. Kenapalah tak boleh terus gerak je bila kita minta? Susah sangat ke?”

Bila anak dah makin besar, ibu-ibu memang dah sinonim dengan jeritan Tarzan ni. Bukannya apa, tujuan asalnya sebenarnya memang nak menasihat dan mengingatkan. Tapi, lama-kelamaan makin susah nak mengarahkan mereka melakukan sesuatu. Ada saja saja alasannya dan makin ‘liat’ pula perangainya.

Tapi bila difikirkan semula, mungkin ia sedikit sebanyak berpunca daripada kita juga dan banyak lagi faktor lain.

Memarahi anak

Foto Kredit: popsugar.com

5 Sebab Ibu Perlu Jadi Tarzan Sebelum Anak Ikut Kata

Anda mungkin akan berasa lebih lega lepas mengetahui sebab ini. Nak tahu kenapa?

1. Mereka Tak Faham Kepentingannya

Anak-anak memang tak faham kenapa mereka kena mandi. Tambahan pula, mereka selalunya tengah bermain semasa disuruh mandi. Inilah sebenarnya yang penting untuk mereka – sebab ‘bermain’ itu memang ‘kerja’ mereka dan cara mereka belajar.

Cara Mengatasinya:

Mula-mula, cuba ‘connect’ dengan anak terlebih dahulu. Maksudnya, anda tak adalah tiba-tiba datang dan menyuarakan kuasa veto. Sebaliknya, anda memberi perhatian kepada apa yang sedang dilakukannya.

Contoh: “Wah, Adik tengah main kereta ke? Boleh tunjuk Mama kereta yang mana paling laju?”

Kemudian, berikan ‘hint’ atau ‘warning’ untuk menyuarakan arahan anda. Lebih baik kalau beri mereka buat pilihan.

Contoh: “Adik, kejap lagi kita nak mandi tau. Nak mandi sekarang atau 5 minit lagi? Ok, 5 minit lagi ya. Jom kita main dulu.”

Dengan cara ini, mereka akan lebih mudah bertolak-ansur dan dapat belajar untuk bekerjasama.

girl-playing-with-colorful-blocks

2. Mereka Dibiasakan Untuk Beri Perhatian Hanya Apabila Kita Menjerit

Anak anda tahu anda tak serius dan boleh dilengahkan semasa pertama kali menyuruh mereka membuat sesuatu. Mungkin pada waktu tersebut anda bersikap sambil lewa atau sedang membuat sesuatu.

Ini bukanlah petanda anak malas atau degil, ini cumalah sifat manusia normal yang memang akan menangguhkan kerja selagi kita tidak memberikan ‘deadline’.

Cara Mengatasinya:

Jangan jadi Tarzan. Maksudnya, jangan menjerit dari jauh semasa menyuruh anak membuat sesuatu. Sebaliknya, datang ke hadapan mereka sendiri dan pastikan ada ‘eye contact’ dengan mereka.

Kemudian, tarik perhatian mereka dan pastikan anda HANYA akan memberi arahan tersebut apabila mereka melihat anda. Hentikan ‘game’ atau televisyen yang sedang ditonton.

Beri ‘time limit’ untuk membuat perkara tersebut dan jangan ubah-ubah lagi. Latihan sebegini akan menjadikan mereka mengambil perhatian dengan lebih serius.

cara ajar anak bercakap

Foto Kredit: praxisvita.de

3. Mereka Perlu Pertolongan Anda Untuk Proses Peralihan

Biasalah, kalau mereka sedang membuat sesuatu tentu susah untuk disuruh berhenti serta-merta. Jadi, mungkin anda perlu membantu mereka untuk beralih kepada sesuatu yang lain.

Cara Mengatasinya:

Seeloknya, beri komen terhadap apa yang sedang dibuat tadi dan ingatkan mereka tentang perjanjian tadi. Kemudian, katakan sesuatu yang dapat membantu mereka mengakhirkan permainan tadi.

Contohnya:

“Eh, nak tengok tak macam mana kereta ni boleh pergi lagi laju ke bilik air. Jom kita ‘race’ siapa sampai bilik air dulu!”

4. Otak Mereka Sedang Berkembang

Dari segi sainsnya, anak-anak ini sedang membina sebahagian daripada otak mereka yang dikenali sebagai ‘frontal cortex’. Bahagian akan saling bertukar fungsi untuk memproses maklumat dalam membantunya memilih apa yang mereka mahukan dan apa yang anda mahukan.

Disiplin dapat dilatih apabila mereka bijak memilih apa yang lebih baik untuk dicapai dalam jangka masa panjang – iaitu nasihat atau permintaan anda. Menurut saintis, proses ini hanya akan berlaku apabila anak-anak melakukan sesuatu yang kita suruh DENGAN RELA. Jika mereka melakukan sesuatu secara terpaksa, bergaduh, menjerit dan menendang – proses latihan tadi tidak akan berlaku.

Cara Mengatasinya:

Biasakan berunding dan latih mereka untuk mempunyai perasaan empati. Elakkan memaksa atau menghukum mereka. Perkara ini akan hanya menyebabkan mereka melakukan sesuatu kerana ‘takut’ atau terpaksa.

Foto Kredit: imujer.com

Foto Kredit: imujer.com

5. Mereka Rasa Tak Didengari

Selalunya anak suka memberontak kerana mereka rasa tidak didengari. Mungkin kita baru balik kerja dan tiba-tiba saja suruh mereka mandi. Atau, mungkin mereka masih tak puas hati kerana anda belum membacakan buku kegemaran yang dijanjikan tadi.

Sebagai manusia biasa, mereka juga akan sedih dan kecewa apabila sesuatu tidak berlaku mengikut kehendak mereka. Jadi, jangan pula marah dan cuba bina semula hubungan serta kerjasama.

Cara Mengatasinya:

Apapun alasan mereka, cuba luangkan sedikit masa sebelum memberi arahan dan salurkan perhatian anda sepenuhnya kepada apa yang mereka sedang lakukan.

Jika mereka ‘buat perangai’ atau menangis, tanamkan kembali keyakinan mereka terhadap anda dengan memeluk mereka dan tersenyum kembali. Dengan cara ini, anak-anak akan belajar bahawa anda tetap menyayangi mereka dan boleh dibawa berunding walaupun tidak sependapat dengan anda.

cara bercakap dengan anak

Foto Kredit: eumom.ie

Bukan Anak Malas Atau Degil, Tapi Mereka Perlu Latihan

Jangan cepat melabel anak malas atau degil. Bagi seorang anak kecil, ternyata bukan mudah bagi mereka untuk membuat pilihan dan mengikut kehendak anda.

Namun, latihan demi latihan akan membantu anak-anak ini menjadi lebih empati dan mampu bekerjasama. Pada awalnya kita perlu banyak bersabar dan mungkin akan berlaku tangisan mahupun jeritan. Tapi, lama-kelamaan mereka akan dapat mendisiplinkan diri tanpa ibu menjadi Tarzan lagi!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×