Famili

Akibat Degil, Bapa Ini Denda Anak 4 Tahun Dengan Hukuman ‘Penjara’

65
reads

Dalam hal mendidik anak, ibu bapa memang tak pernah kehabisan idea. Mana tidaknya, karenah anak ini seribu satu macam, kadang-kadang sampai menggugat kesabaran kita. Kalau anak degil, biasanya dia buat tak kesah aja…. Lagi kita jerit, lagi dia suka. Habis tu, nak buat apa lagi?

Sebuah kisah dikongsikan oleh seorang bapa dari Amerika Syarikat di laman Facebooknya. Pasangan ini mengambil tindakan ‘kreatif’ dengan memberi layanan ala ‘penjara’ kepada anak perempuan mereka yang berumur sekitar 3-4 tahun. Anak kecil ini dikatakan ‘membuat perangai’ dengan asyik melawan, bergaduh, dan tidak mahu mendengar kata.

Foto diambil daripada laman pengguna Facebook.com

Foto diambil daripada laman pengguna Facebook.com

Layanan Ala Penjara

Menurut bapanya, “Jika mahu menjadi anak degil, kami akan tunjukkan ke mana anak-anak degil ini patut pergi.” Lalu, dia dan isteri memakaikan anak mereka dengan t-shirt dewasa berwarna oren, dan mengambil kesemua pakaiannya yang lain.

Sepanjang hukuman ‘penjara tersebut, anak ini tidak dapat makanan yang sedap seperti pizza dan jus seperti adik-beradiknya yang lain. Malahan, terpaksa tidur berasingan di atas lantai sahaja. Selain itu, dia juga diarah mencuci pinggan mangkuk dan membersihkan bilik!

Hmm… Kalau difikir-fikir logik juga tindakan mereka ini. Mungkin akan menjadi pengajaran yang diingati sampai bila-bila.

Kelakar atau kasihan?

Walaubagaimanapun, berlembut dan bertegas dengan anak pasti ada batasnya. Keseimbangan ini sangat penting, supaya mereka tidak terlalu manja dan tidak pula terlalu tertekan dengan sikap kita.

Pokoknya, janganlah kita mendenda anak semata-mata kerana marah, tetapi lakukanlah untuk mendidik mereka.

Bagaimana dengan anda? Ada tips tangani anak degil? Apa bentuk hukuman unik yang pernah anda lakukan pada anak anda?

Yang Popular

To Top