Asuh

Bapa Hilang Sabar Bertindak Bakar Motor Anak, Gara-Gara Sering Keluar Malam & Tak Dengar Nasihat!

38
SHARES
hilang sabar

Baru-baru ini, tular satu video seorang bapa hilang sabar apabila membakar motosikal milik anaknya kerana tidak mendengar kata dan sering keluar malam.

Si bapa yang juga pemilik Tiktok @kajolmarey01 bagaimanapun meluahkan perasaan geram dan lebih sanggup kehilangan harta benda berbanding kehilangan anak tersayang.

Baca juga: “Terima Kasih Malaysia!”- 2 Hari Je ‘Viral’, Cikgu Berjaya Jejak Anak Murid Hadiahkan Sebekas Karipap!

HILANG SABAR BAPA BAKAR MOTOR ANAK

hilang sabar

Gambar: Tiktok @kajolmarey01

“Sebelum aku hilang kau, ini ubat dia. Aku bakar je senang. Tak payah ada motor lagi senang, ada motor jadi hantu.. Ini buat budak-budak yang suka keluar malam, tak reti nak ikut cakap mak bapak,” ujar beliau.

Kata lelaki itu lagi, motosikal itu antara punca anak lelakinya tidak mahu mengendahkan nasihatnya.

Baca juga: DIY Print Sticker Nama Buku Sekolah Modal RM2.16, Ada Template Sekali!

Undang pelbagai reaksi orang ramai

Dalam pada itu, video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi masyarakat kerana tidak bersetuju dengan tindakan lelaki itu. Namun, ada juga yang menyokong tindakan bapa yang memberi pengajaran buat anak-anak yang degil.

Video itu telah mendapat lebih dua juta tontonan.

Baca juga: Semangat Tinggi Murid PPKI Ini Masuk Pakaian Beragam, Buat Ramai Sebak & Puji “Cantiknya Adik”

Lebih takut kehilangan anak dengan cara tak diingini

Dalam hantaran video lain, lelaki tersebut menjelaskan beliau membelikan motosikal tersebut bagi memudahkan perjalanan anak lelakinya ke sekolah.

Tidak melenting dengan kecaman masyarakat, beliau memberitahu takut kehilangan anak bujangnya itu dan menganggap ia ibarat mimpi ngeri jika zuriatnya itu dijemput ilahi dengan cara yang tidak diingini.

“Tak mahu polis hubungi mengatakan anak aku berada di balai kerana kesalahan merempit, kesalahan samseng jalanan dan sebagainya.

“Aku juga paling takut kalau orang sama ada polis telefon mengatakan anak dah meninggal dan aku paling takut perkara itu,” ungkapnya.

@kajolmarey01

maaf kan saya semua ….tapi #fyp #bakarmotor #ex5malaysia #ex5 #rxzmalaysia #tiktokviral #vidioviral #midiaviral #tikto #merempit #fy

♬ Piano Sedih – Eki Herdiansyah

Baca juga: Dua Beradik Cilik Juara Memanah Berkuda Dengan Dana Sendiri Di Perancis, Kalahkan 15 Negara!

Sumber: Tiktok @kajolmarey01

FT Image: Tiktok @kajolmarey01

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×