Hasrat ikhlas seorang guru untuk bertemu semula dengan anak muridnya yang telah lama hilang, Putri Alyaa menyentuh perasaan ramai pihak di media sosial.
Zainun Zahari melalui Facebook pada 14 September, meminta bantuan untuk mencari bekas muridnya dan hantaran tersebut secara tak langsung, menerima sebanyak 5.1 ribu perkongsian sehingga kini.
Baca juga: Video Tular Pakcik Suap Coklat Ke Anak Buah Guna BIBIR, Ramai Kecam Komen Yang Menyokong!
MEDIA SOSIAL TULAR CIKGU CARI ANAK MURID
Disebabkan kuasa viral rakyat Malaysia, Zainun mengesahkan Putri Alyaa berjaya dijejaki selepas 2 hari kemudian (16 September).
“Alhamdulillah. Terima kasih Malaysia, saya dah jumpa Putri Alyaa,” itulah bait-bait awal Zainun di hantaran terkini, yang terharu di atas tindakan warga maya di negara ini yang bersifat prihatin dalam membantu mencari anak muridnya.
Baca juga: Adik Menangis Tak Pandai Baca Jangan Sedih, Besar Nanti Bijak Macam Akak Ini!
Hantaran Zaitun Zahari yang terbaru (16 September) setelah berjaya menjejaki Putri Alyaa
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah! Terima kasih Malaysia. Saya dah jumpa Puteri Alya saya.
Ada beberapa individu yang DM saya dan cuba membantu sejak post saya mula diviralkan. Tapi, ada 1 DM yang saya rasa hampir kepada jawapan yang tepat.
Petang semalam (Ahad) salah seorang ibu kepada kawan Putri Alyaa DM saya di messenger FB dan berikan saya maklumat tentang Putri untuk saya sahkan.
Walaupun masih samar disebabkan saya tak memiliki maklumat lengkap beliau, saya rasa itulah orangnya. Sebaik sahaja saya lihat gambar yang dikongsi, saya tahu itulah Putri Alyaa yang saya cari-cari.
Saya sudah pun berhubung dengan Putri Alyaa. Sayangnya peluang untuk bertemu mata belum tiba, atas kekangan tertentu di pihak saya.
Untuk pastikan lagi, kami berhubung menerusi video call. Manalah tahu kan… penat-penat menangis, rupanya salah orang huhuhu. Alhamdulillah… betullah orang yang saya cari-cari. Subhanallah, hampir rasa mustahil nak jumpa sebenarnya.
Sangat di luar jangkauan saya, post saya tentang pencarian Putri Alyaa akan diviralkan sebegitu rupa oleh orang ramai yang sangat prihatin dan bersemangat membantu. Bahkan, berkongsi post saya di media sosial lain juga.
Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan atas doa, dorongan dan ucapan daripada semua pihak. Tak kurang juga yang DM saya dan request friend.
Saya baca satu persatu komen dan perkongsian saudara/saudari di post saya. Terima kasih atas keprihatinan dan perkongsian semua. Hibanya rasa bila baca pengalaman pahit bersama guru yang membawa kepada parut di hati masing-masing.
Saya ambil kisah-kisah ini untuk saya jadikan pengajaran dan teladan dalam manyantuni murid-murid saya dan juga orang sekeliling. Saya juga mohon maaf, tak dapat kongsi sebarang gambar buat masa sekarang disebabkan kami belum sempat bertemu.
Baca juga: Ibu Ini Tak Putus Asa Anaknya Tak Minat Akademik, Hantar Kemahiran Berjaya Dapat Kerja!
Sebenarnya Putri Alya berada di darjah 4 ketika saya meninggalkan sekolah tersebut
Maafkan juga saya, saya tersilap menghitung usia Putri Alyaa. Dia sebenarnya telah berada di darjah 4 semasa saya tinggalkannya di sekolah lama.
Orangnya kecil molek di zaman kanak-kanak, saya pun lupa usia sebenarnya. Mungkin disebabkan itu, laras bahasa yang digunakan dalam suratnya agak matang.
Pada tahun ini, Putri Alyaa akan menduduki peperiksaan STPM. Doakan semoga Puteri Alyaa beroleh kecemerlangan dalam peperiksaannya nanti.
Sepanjang 19 tahun menjadi guru termasuklah di sekolah swasta, tentunya tidak terakam bilangan murid saya. Namun saya percaya, setiap murid punya keistimewaan dan kisah tersendiri.
Saya sentiasa doakan kejayaan setiap murid yang pernah hadir dalam hidup saya, moga mereka berjaya dan cemerlang dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.
Saya doakan juga semoga Allah memeperkenankan segala doa dan impian kalian semua yang banyak mendoakan pertemuan saya dan Putri Alyaa.
Semoga Allah sembuhkan luka-luka di hati yang terguris dek amarah silam gurunya. Guru juga manusia biasa, tak lepas dari salah dan silap. Semoga kita semua dianugerahkan kejayaan di dunia dan akhirat,
Terima kasih rakyat Malaysia.
Baca juga: UIAM Diiktiraf Universiti Islam Ke-2 Terbaik Dunia, Megah Di Persada Antarabangsa!
Hantaran awal Zaitun Zahari dalam mencari Putri Alyaa
Baca juga: YouthSAYS Buka Peluang Buat Penulis Muda Untuk Menerbitkan Karyanya!
Sumber: Zaitun Zahari
FT Image: Zaitun Zahari