Baru-baru ini, syarikat media digital Malaysia yang hebat iaitu SAYS telah melancarkan platform baharu ‘YouthSAYS’ untuk generasi muda bersuara.
Jika anda seorang penulis, suka berfikir atau mempunyai mesej untuk dikongsikan kepada masyarakat, YouthSAYS adalah platform bersesuaian untuk anda memulakan langkah dan menonjolkan bakat.
Baca juga: Samsung Malaysia Jemput Pelajar Pamer Kemahiran STEM, Di Pertandingan ‘Solve for Tomorrow 2024’
YOUTHSAYS JEMPUT PENULIS MUDA KONGSI PENDAPAT & BAKAL DITERBITKAN
Adakah anda seorang penulis, suka berfikir, atau mempunyai mesej untuk dikongsi?
YouthSAYS menyeru semua generasi muda untuk menyumbang buah fikiran, artikel dan penulisan kreatif. Di mana, karya anda berpeluang diterbitkan di SAYS salah satu platform belia terkemuka di Malaysia.
Dilancarkan oleh SAYS, YouthSAYS bukan sahaja sekadar platform. Hal ini kerana, ia merupakan peluang untuk anak muda Malaysia mempengaruhi, memberi inspirasi dan membuat perubahan dalam komuniti untuk masa depan.
YouthSAYS mengalu-alukan berbagai perspektif mengenai topik yang berbeza.
Daripada pengalaman peribadi kepada isu sosial, hobi, minat atau petua untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Di sini, adalah peluang untuk belia menyuarakan pendapat mereka.
Terbuka kepada semua pelajar berumur 15 hingga 25 tahun, peserta digalakkan untuk mengemukakan penulisan asal mereka.
Baca juga: Jenama CORVAN Kini Sebaris Jenama Antarabangsa, Menjadi Pengeluar Produk Keperluan Rumah Anda!
Karya anda berpeluang diterbitkan di SAYS & terima barangan eksklusif!
Karya terpilih akan diterbitkan di SAYS dan akaun media sosial rasmi mereka, termasuklah Facebook, Instagram, TikTok dan X.
Selain itu, penulis yang dipilih juga akan menerima barangan eksklusif dan hadiah daripada penaja.
Anda boleh layari youth.says.com untuk menghantar karya penulisan atau e-mel ke [email protected] untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Baca juga: Dah 67 Tahun Malaysia Merdeka, Ini Senarai Logo & Tema Hari Kebangsaan 1970 – 2024!