Corvan sebuah jenama tempatan yang tidak asing lagi di Malaysia dan sedang meningkat naik dengan inovasi yang berterusan, sejajar dengan permintaan dan perubahan pasaran. Malah, jenama Corvan setanding dengan jenama antarabangsa yang kini tumbuh bagai cendawan di negara ini.
Genap 10 tahun Corvan di pasaran, jenama ini telah mengalahkan gergasi global dan muncul sebagai pencabar utama dan sentiasa tersenarai dalam 5 teratas di platform e-commerce utama.
Baca juga: UIAM Diiktiraf Universiti Islam Ke-2 Terbaik Dunia, Megah Di Persada Antarabangsa!
JENAMA CORVAN TERSENARAI 5 TERATAS DI E-COMMERCE UTAMA
Menang dalam pasaran yang sesak: Bagaimana Corvan memanfaatkan inovasi dan strategi untuk bersaing sebaris dengan jenama antarabangsa
Dikenali dengan pendekatan inovatif dan komitmen terhadap kepuasan pelanggan, produk-produk Corvan telah menjadi keperluan utama di rumah-rumah seluruh Malaysia.
Dari vakum K18 Pro yang sering menjadi buah mulut dengan teknologi 2 dalam 1 (mop & vakum), pembersih tompokan S6 yang serba guna untuk semua jenis fabrik, hingga penyental berkuasa tinggi P8.
Semuanya adalah hasil usaha komited Corvan dalam memudahkan rutin pembersihan setiap isi rumah.
Pasukan R&D Corvan yang bertaraf dunia
Di sebalik kejayaan Corvan terdapat pasukan R&D bertaraf dunia yang berpusat di Malaysia, bertanggungjawab dalam penghasilan produk dengan pemahaman mendalam tentang keperluan pengguna tempatan dan global.
Kepakaran tempatan ini digabungkan dengan kerjasama strategik bersama pakar teknikal antarabangsa untuk memastikan Corvan sentiasa menjadi peneraju dalam teknologi dan inovasi masa kini.
“Dedikasi pasukan R&D kami membolehkan kami terus berada di hadapan dan menghasilkan produk yang setanding dengan jenama antarabangsa di pasaran,” kata Bevan Lee, CEO dan pengasas bersama Corvan.
Baca juga: Samsung Malaysia Jemput Pelajar Pamer Kemahiran STEM, Di Pertandingan ‘Solve for Tomorrow 2024’
ANTARA PRODUK KELUARAN CORVAN DI PASARAN
1. K18 Pro: 2 dalam 1 (Vakum & Mop) Jimat Masa, Jimat Tenaga!
Corvan K18 Pro lebih dari sekadar vakum; kini ia adalah salah satu keperluan untuk mereka yang tinggal di bandar. Dengan kuasa sedutan tertinggi dalam kelasnya, ia mampu menyedut habuk, kotoran dan serpihan pada pelbagai permukaan.
Direka dengan pad gentian mikro mop dwi-motor yang berputar pada kelajuan 250 putaran seminit (rpm), vakum ini menghasilkan kuasa mengemop seperti sentalan manual menggunakan dua tangan yang sememangnya menjimatkan masa dan tenaga pengguna.
Ia juga datang dengan pelbagai aksesori tambahan yang boleh digunakan di setiap sudut rumah dan boleh di klip pada tiang pengecas untuk simpanan yang lebih kemas.
Dengan waktu operasi hingga 60 minit dan reka bentuk ringan, K18 Pro mudah digunakan dan mendapat ribuan review 5 bintang dari penggunanya.
2. Spot Cleaner S6: Bersaiz padat, memberi nafas baru pada sofa dan tilam!
Corvan S6 Spot Cleaner adalah penyelesaian tepat untuk membersihkan tompokan dan kesan kotoran yang sukar seperti kesan kopi di atas karpet, kesan coklat di atas sofa, atau tompokan lama pada tempat duduk kereta.
Dengan kuasa sedutan penembusan yang kuat, S6 mampu membersihkan kotoran degil pada pelbagai permukaan fabrik.
Reka bentuknya yang padat dan mudah dibawa ke mana-mana, menjadikannya alat keperluan yang perlu dimiliki oleh setiap pengguna dalam memastikan rumah kekal bersih dan terjaga.
3. Power Scrubber P8: Sentalan dengan kesan yang optima!
Ringan, kalis air, dan tanpa wayar, P8 direka untuk menangani kotoran degil di dapur atau tandas rumah.
Sering digunakan untuk menyental jubin bilik mandi, countertop dapur atau membersihkan cermin. P8 menjadikan rutin pembersihan lebih mudah, terutama di sudut-sudut yang sukar dicapai.
Ia juga dilengkapi dengan pelbagai berus dan pad untuk digunapakai pada pelbagai permukaan. Reka bentuk ergonomik dan motor berkuasa tinggi menjadikan P8 pilihan ideal untuk pembersihan harian pengguna.
Baca juga: TERKINI Cuti Umum Bertindih 16 September, Tiada Gantian Automatik Esoknya!
Satu dekad bersama Corvan
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 jenama Corvan. Di mana, jenama yang berasal dari Malaysia ini terus komited dalam menghasilkan produk berteknologi tinggi dengan reka bentuk yang moden untuk mendapat tempat di hati orang ramai.
Mengenang perjalanan selama 10 tahun ini, Lee berkata,
“Kami memulakan Corvan dengan matlamat yang jelas: untuk mencipta produk yang membawa perbezaan positif dalam kehidupan orang ramai. Komitmen kami untuk memahami keperluan pelanggan serta usaha berterusan dalam mencari inovasi dan teknologi terkini terbukti melalui produk seperti K18 Pro, S6, dan P8.
“Inilah cara Corvan dapat bersaing dan mengatasi jenama-jenama gergasi antarabangsa,” tambahnya lagi.
Aspirasi Global Corvan
Melihat ke hadapan, Corvan sedar bahawa masih banyak peluang dan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk terus berdiri teguh dalam pasaran, baik di peringkat tempatan mahupun global.
Oleh itu, Corvan tidak akan berdiam diri. Mereka akan mengembangkan sayapnya pada suku ketiga tahun 2024, dengan tumpuan utama masih terhadap inovasi dan teknologi terkini.
Corvan percaya bahawa dengan pasukan yang komited dan penuh daya saing, jenama tempatan ini dapat menempa nama sebaris dengan jenama antarabangsa.
Justeru itu, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Corvan dan produk inovatifnya, layari laman web Corvan. Anda boleh juga mencari mereka di Shopee, Lazada dan platform dalam talian utama yang lain.
Raikan satu dekad bersama Corvan dan saksikan bagaimana jenama tempatan ini mengubah cara hidup anda!
Baca juga: Google Lancar Advertising Revenue Lab Malaysia, Berita Digital Berkembang Pantas!