Berikut merupakan berita terkini yang dilaporkan Berita Harian, mengenai cuti umum bertindih yang bakal berlaku pada bulan tersebut.
Tiada cuti gantian secara automatik diberikan pada hari bekerja, 17 September depan, walaupun berlaku pertindihan hari kelepasan am sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) dan Hari Malaysia pada 16 September.
Baca juga: Anak Mesti Teruja Ronda KL Naik Bas 2 Tingkat Tanpa Atap, Ini Panduan Trip Siang & Malam!
CUTI UMUM BERTINDIH 16 SEPTEMBER
Perkara itu diumumkan dalam laman sesawang Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.
Menurutnya, ia berikutan Akta Hari Kelepasan 1951 tidak memperuntukkan cuti gantian secara automatik bagi hari-hari kelepasan am yang bertindih atau jatuh pada hari bekerja yang sama.
“Meskipun demikian, kerajaan boleh menetapkan suatu hari lain untuk diterima sebagai hari kelepasan am sekiranya perlu,” menurut pengumuman itu. – BERNAMA
Baca juga: Tempoh Sah Laku Pasport Malaysia Selama 10 Tahun, Kini Pada Fasa Akhir!
Sumber: Berita Harian
FT Image: Berita Harian