Famili

Hukum Bergambar Dengan Pokok Krismas & Santa Claus, UAI Jelaskan Boleh Tapi Ada Syarat…

8
SHARES
pokok krismas

Setiap kali menjelang Hari Natal atau Hari Krimas yang disambut pada 25 Disember setiap tahun, pasti kebanyakan pusat membeli-belah akan berlumba-lumba membuat dekorasi menarik. Dekorasi yang wajib diletakkan sudah semestinya pokok Krismas, Santa Claus dan lampu-lampu merah.

Namun, sambutan perayaan ini sering menimbulkan tanda tanya kepada umat Islam sama ada boleh atau tidak kita bergambar seperti bersama pokok Krismas atau Santa Claus. Mana tidaknya, bila dekorasi terlampau cantik tertimbul pula rasa nak abadikan kenangan dalam foto..

Baca juga: PU Salman Kongsi 6 Langkah Amalan ‘Mahal’ Calon Peperiksaan Boleh Buat, Elak Lupa

BOLEH KE BERGAMBAR DENGAN POKOK KRISMAS & SANTA CLAUS?

pokok krismas

Foto: IG Starling Mall

Jadi, adakah perbuatan ini dibenarkan dalam agama Islam? Jom dengar penjelasan daripada pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Menurut beliau, bergambar bersama pokok Krismas adalah TIDAK HARAM, tetapi umat Islam dilarang menghias pokok tersebut di rumah sehingga boleh menimbulkan salah sangka bahawa ia adalah rumah orang beragama Kristian. Hal ini kerana, UAI menjelaskan lagi bahawa umat Islam tidak boleh meniru perbuatan agama lain, apatah lagi jika ia menimbulkan salah faham atau membawa kepada kepercayaan yang bertentangan dengan akidah.

“Dia ambil pokok Krismas pada malam 24hb, dia letak depan rumah dengan lampu-lampu. Orang lalu lalang ingat dia Kristian, di situ haram. Kalau setakat pokok itu perhiasan di mall, bergambar bersama anak-anak, hukumnya tidak haram,”– UAI.

Tambah pendakwah ini, nak bergambar untuk kenangan boleh namun umat Islam dilarang memuliakan upacara agama lain.

“Ingat, setiap perayaan orang kafir kita kena beritikad (percaya) apa yang mereka buat adalah batil (tidak benar),”

@ceramah.ustaz33 Apakah hukum bergambar dengan pokok Krismas dan santa Clause #ustazazharidrus #uai #pokokkrismas #santaclause #halalharamdalamislam #kongsibersama #ilmuagama #reminderislamic #foryou ♬ suara asli – Allginanjar – allginanjar

Jadi, tidak perlulah terlampau bersuka-ria dalam perayaan agama lain. Cukuplah sekadar menghormati dan bergambar apabila perlu sahaja seperti anak-anak meraung, menangis nak bergambar dengan Santa Claus.

Baca juga: Jangan Normalisasikan 5 Aktiviti Ini Untuk Elak Penyakit Ain, Rasulullah SAW Pun Bagi Amaran!

Sumber: Tiktok @ceramah.ustaz33

Foto: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×