Baru-baru ini, nama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menjadi bualan warga maya ekoran statusnya yang menjadi universiti Islam kedua terbaik di dunia.
Manakan tidak, berita gembira ini sudah pastinya menjadi kebanggaan buat rakyat Malaysia!
Baca juga: Hero Kanchong Darat ‘Mendunia’, Anak-Anak Sidek Gah Takluki Pentas Badminton!
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA KEDUA TERBAIK!
Menerusi satu hantaran di laman Instagram @seasia.stats pada dua hari yang lalu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) disenaraikan sebagai universiti Islam kedua terbaik di dunia pada tahun 2024.
Kedudukan itu dikeluarkan oleh UniRank bagi kategori Universiti dan Kolej Islam Terbaik untuk tahun 2024 di seluruh dunia.
Di dalam senarai tersebut dapat dilihat, kedudukan pertama dimiliki oleh Universiti Cairo dari Mesir, manakala Jordan University of Science and Technology pula di tempat ketiga.
Baca juga: Ibu Ini Tak Putus Asa Anaknya Tak Minat Akademik, Hantar Kemahiran Berjaya Dapat Kerja!
Baca juga: TOP 20 Sekolah Terbaik SPM, Maahad Tahfiz Negeri Pahang Di Tempat Pertama!
Selain Malaysia, tiga universiti Islam dari Indonesia turut menguasai kedudukan 10 terbaik. Secara tak langsung, menjadikan dua buah negara ini sahaja yang tersenarai dari kawasan Asia Tenggara.
Berikut merupakan senarai penuh kedudukan bagi kategori Universiti dan Kolej Islam Terbaik untuk tahun 2024 di seluruh dunia, dikeluarkan oleh UniRank:
- Cairo University (Mesir)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Malaysia)
- Jordan University of Science and Technology (Jordan)
- Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (Indonesia)
- Umm Al-Qura University (Arab Saudi)
- Universite Cadi Ayyad (Maghribi)
- Universitas Muhammadiyah Prof Dr Hamka (Indonesia)
- University of the Punjab (Pakistan)
- Universitas Islam Indonesia (Indonesia)
- Karadeniz Teknik Üniversitesi (Turki)
Baca juga: Data Terkini Purata Gaji Di Malaysia, Kuala Lumpur Paling Tinggi & Kelantan Terendah!
KEDUDUKAN UNIVERSITI MALAYSIA DI PERINGKAT ANTARABANGSA
Sementara itu, memetik laporan Berita Harian pada Jun lalu, Universiti Malaya (UM) melonjakkan kedudukannya ke tangga 60 untuk berada dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia.
Di mana, senarai tersebut dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2025 yang meletakkan UIAM berada di kedudukan 661.
Selain itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada pada kedudukan 138 meningkat 21 anak tangga, diikuti Universiti Sains Malaysia (USM) berada pada kedudukan 146, Universiti Putra Malaysia (148), Universiti Teknologi Malaysia (181), Universiti Teknologi PETRONAS (269), Universiti Utara Malaysia (554), Universiti Teknologi MARA (587), Universiti Tenaga Nasional (641) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (951).
Baca juga: Ibu Terkilan Markah Anak Rendah, Persepsi Berubah Bila Si Kecil Tunjuk Sifat Luar Biasa Di Sekolah
Sumber: Instagram @seasia.stats / The Rakyat Post / Berita Harian
FT Image: Flickr – shahirfauzan92 / Instagram @seasia.stats