Didik

TOP 20 Sekolah Terbaik SPM, Maahad Tahfiz Negeri Pahang Di Tempat Pertama!

42
SHARES
sekolah terbaik SPM 2023

Siapa kata para pelajar sekolah tahfiz hanya pandai ilmu agama sahaja, rupanya subjek-subjek yang berteraskan pendidikan umum pun mereka mampu kuasai dengan cemerlang. Buktinya, lihat sahaja senarai 20 sekolah terbaik SPM 2023 yang dikeluarkan pada kali ini.

Di mana, kedudukan pertama ditakluki oleh sekolah tahfiz iaitu Sekolah Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dengan gred purata sekolah (GPS) 1.070. Kemudian, diikuti rapat Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya (1.073) pada kedudukan kedua.

Baca juga: ‘Speed Dating’ Budaya Baru Merisaukan, Taaruf Orang Islam Bukan Begitu Caranya!

SEKOLAH TERBAIK SPM 2023

sekolah terbaik SPM 2023

Gambar: Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Penulis sedar, bukan semua namun terdapat segelintir individu yang skeptikal dengan sekolah-sekolah yang berasaskan pendidikan agama dan tahfiz ini.

Sebagaimana perkongsian saudara Solhi Sharif di bawah, yang mengulas mengenai pandangan segelintir masyarakat yang mempertikai kemampuan para pelajar tahfiz.

Baca juga: Kadar Murid Tahun 5 Di Malaysia Boleh Membaca Adalah 88% Bukan 58 – Pakar

“Budak tahfiz bukannya ada masa depan… Buang masa. Tutup saja lah sekolah tu..”

Sekali ranking SPM #1 Malaysia mengatasi Kolej Elit/ SBP/ Sains. Amacam? 56 orang calon SPM mereka.

Yup, semacam “unfair advantages’ kalau nak dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain yang calon SPMnya ada 100-200 orang.

Tapi masih berisiko tinggi kan kalau calon tak ramai ini. Seorang gagal, habis lah rosak gred purata.

Katanya nak masuk Maahad Tahfiz berkenaan ada simulasi temu duga 3 hari 2 malam. 600-800 orang mendaftar, yang terpilih setiap batch 60 orang sahaja.

Jadi, masih nak pertikaikan kemampuan pelajar-pelajar tahfiz yang cemerlang seperti ini?

Baca juga: Elak Deposit Hangus Walau Menang Bida RUMAH LELONG, Perunding Hartanah Kongsi Tips!

TOP 20 SEKOLAH TERBAIK SPM 2023

Berikut merupakan senarai 20 sekolah terbaik SPM 2023 mengikut gred purata sekolah:

  1. Maahad Tahfiz Negeri Pahang (1.070)
  2. Sek. Sultan Alam Shah, Putrajaya (1.073)
  3. Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan (1.248)
  4. SM Sains T. Munawir, Negeri Sembilan (1.255)
  5. Kolej Yayasan Saad, Melaka ( 1.257)
  6. Sekolah Seni Malaysia, Johor (1.278)
  7. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya (1.282)
  8. SM Imtiaz Kemaman, Terengganu (1.324)
  9. SBPI Gombak, Selangor (1.385)
  10. SM Sains Kuala Terengganu (1.401)
  11. SM Sains T. Aishah Rohani, Negeri Sembilan (1.403)
  12. SAM Bestari, Selangor (1.409)
  13. Sekolah Tun Fatimah, Johor (1.421)
  14. SM Sains Kota Tinggi, Johor (1.442)
  15. SMKA Sultan Azlan Shah, Bota Perak (1.455)
  16. SMK Agama Putrajaya (1.465)
  17. MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka (1.490)
  18. SBPI Kuantan, Pahang (1.504)
  19. SMKA Kerian, Perak (1.506)
  20. SMK Bukit Jambul, Penang (1.533)
sekolah terbaik SPM 2023

Gambar: Solhi Sharif

Sementara itu, Berita Harian telah melaporkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60, berbanding 4.74 pada 2022.

Di mana, seramai 11,713 calon memperoleh keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2023, dibandingkan dengan 10,109 calon pada 2022, sekali gus mencatatkan peningkatan.

Baca juga: Kenali 8 Masalah Kereta & Komponen Perlu ‘Repair’, Elak Ditipu Pekerja Bengkel!

Sumber: Solhi Sharif / Maahad Tahfiz Negeri Pahang / Berita Harian

FT Image: Maahad Tahfiz Negeri Pahang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×