Asuh

Kadar Murid Tahun 5 Di Malaysia Boleh Membaca Adalah 88% Bukan 58 – Pakar

14
SHARES
kemahiran membaca

Isu sensasi kebelakangan ini, berkenaan laporan Bank Dunia yang mendapati hanya 58 peratus pelajar di Malaysia mahir membaca biarpun sudah berada di Tahun Lima, telah mendapat perhatian masyarakat. Apakah benar kemahiran membaca murid Tahun Lima di negara ini berada di peratusan tersebut?

Ikuti ulasan lanjut dari Pensyarah Kanan Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad berkenaan data yang dikeluarkan Bank Dunia itu.

Baca juga: Anak Sulung Luah Rasa Terabai Atas Lukisan, Ibu Luluh Hati Menangis!

KEMAHIRAN MEMBACA

kemahiran membaca

Gambar: NST

Angka 58 peratus murid Tahun Lima boleh membaca adalah pada skala Band 6

Anuar berkata, semua pihak seharusnya berlaku adil dan jujur dengan meneliti kandungan maklumat di dalam laporan itu sebelum mengeluarkan kenyataan.

Beliau mendapati, setelah membaca laporan lengkap tersebut, angka 58 peratus adalah murid yang boleh membaca pada skala Band 6 iaitu tahap kemahiran membaca paling tinggi.

“Benarkah hanya 58 peratus murid Tahun Lima sekolah rendah di negara ini boleh membaca? Riuh satu Malaysia. Ramai menuding jari menyalahkan KPM.

“Apabila membaca laporan itu dengan lengkap menerusi https://shrtm.nu/xp0, jawapannya adalah tidak kerana bukan hanya 58 peratus boleh membaca.

“Angka 58 peratus adalah murid yang boleh membaca pada skala Band 6, iaitu tahap kemahiran membaca paling tinggi,” katanya yang dipetik dari sumber berita Scoop.

Beliau berkata, jika merujuk kepada Band 4, 5 dan 6, ia adalah kumpulan murid yang boleh membaca, cuma tahap kemahiran membaca sahaja yang berbeza.

Baca juga: Kata Ulama, Jaga 3 Perkara Ini Agar Hati Anak Lembut & Tak Biadap Tingkahnya!

Kadar sebenar murid di Malaysia boleh membaca adalah:

kemahiran membaca

Gambar: Pensyarah Kanan Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad – laman web UKM

Justeru itu katanya, apabila dijumlahkan kadar sebenar murid di negara ini yang boleh membaca adalah pada kadar 88 peratus, bukan hanya 58 peratus.

Tambah Anuar lagi, walaupun 88 peratus adalah angka yang baik, terdapat 12 peratus murid tidak mempunyai keupayaan membaca asas.

“Itupun di Band 2 dan Band 3. Tidak ada murid negara ini dilaporkan berada di Band 1, (namun) angka 12 peratus ini masih satu jumlah yang besar dan perlu perhatian segera untuk pemulihan,” katanya.

Baca juga: Ilmu Parenting Didik Anak Aunty Cina Ini Memang ‘Power’! Anak Semua Berjaya

Sebelum ini, laporan baharu Bank Dunia bertajuk ‘Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills’ telah menggambarkan sistem pendidikan Malaysia tidak menepati sasaran ditetapkan, sekali gus mencetuskan kebimbangan ramai.

Baca juga: Patutlah Ramai ‘Influencer’, Sifat No. 7 Termasuk 9 Personaliti Anak BULAN MEI!

Sumber: Scoop

FT Image: Miera Zulyana – Malay Mail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×