Asuh

Kata Ulama, Jaga 3 Perkara Ini Agar Hati Anak Lembut & Tak Biadap Tingkahnya!

10
SHARES
lembutkan hati anak

Terdapat pelbagai petua lembutkan hati anak. Ini termasuklah saranan dari ulama, iaitu menjaga tiga perkara ini seperti menjaga tatacara perhubungan antara anak dengan ibu bapa supaya hati lembut dan tidak dicabut keberkatan dalam hidupnya.

Nak tahu lebih lanjut cara lembutkan hati anak? Ikuti perkongsian bermanfaat dari Aminah Mat Yusoff.

Baca juga: Ilmu Parenting Didik Anak Aunty Cina Ini Memang ‘Power’! Anak Semua Berjaya

LEMBUTKAN HATI ANAK DENGAN 3 PETUA INI

lembutkan hati anak

Gambar: Aminah Mat Yusoff

Petua lembutkan hati anak-anak. Kata ulama’,  jaga tiga perkara agar anak-anak kita tidak keras hatinya dan tidak dicabut keberkatan dalam hidupnya.

Baca juga: 7 Idea Hadiah Untuk Anak Berjaya Puasa Sebulan, Baru Naik Semangat Dia!

1. Cara anak bermu’amalah dengan ibu ayah

Petua mudah untuk lembutkan hati dan tidak kasar dengan ibu ayah, bantu anak-anak laksanakan solat 5 waktu tanpa tertinggal selama 41 hari berturut-turut. Bila sempurna solatnya, maka Allah akan sempurnakan kehidupan anak-anak kita.

Dalam masa yang sama lembutkan hati dan jiwa anak-anak kita dengan ayat 10 dari surah Saba’. Letakkan tangan di ubun-ubun kepala anak dan bacakan ayat ini.

Semoga lembut hatinya menerima nasihat, suka melakukan kebaikan, suka mendengar dan mengeluarkan kata-kata yang baik, dan taat dengan suruhan Allah SWT.

Baca juga: Doa Untuk Anak Dilindungi, Beza Cara Baca Untuk Anak Kecil & Dewasa, Moga Mustajab!

2. Dekatkan anak-anak dengan orang-orang yang soleh

Rumah kita boleh menjadi syurga dunia yang memberi ketenangan, kebahagiaan, rasa tenteram dan nyaman jika setiap hari terdengar mutiara-mutiara ilmu yang diputarkan. Kata ulama’ rumah yang sentiasa dihiasi dengan majlis ilmu akan menarik berkat dalam jiwa anak-anak.

Pasang ceramah dari ustaz-ustaz dalam rumah kita pada waktu-waktu yang sesuai ia memberi impak yang luar biasa kepada anak-anak kita. Mereka bermain dalam keadaan mendengar nasihat yang baik-baik dari orang baik-baik.

In Sha Allah mereka boleh menyerap kebaikan dan keberkatan dari ilmu berkenaan.

Baca juga: Himpunan 16 Doa Harian Mudah Hafal, Boleh Diajarkan Pada Anak-Anak!

3. Makanan yang anak-anak kita makan

Makanan yang baik-baik akan menumbuhkan jasad yang sihat, mental yang seimbang dan hati yang bersih.

Baca juga: Profesor Kongsi Tips Latih Anak Berpuasa, Dari Usia 2 Hingga 12 Tahun Lain Kaedahnya!

Sumber: Aminah Mat Yusoff

FT Image: vecteezy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×