DIY & Kraf

Cara Buat Sendiri Pelembut Pakaian, Pasti Lebih Jimat Dan Puas Hati!

33
SHARES
pelembut pakaian

Pelembut pakaian yang dijual di kedai kadangkala tidak sesuai untuk mereka berkulit sensitif kerana boleh menyebabkan kegatalan.

Jadi, bagi mengelakkan perkara ini berlaku, anda boleh membuat sendiri sahaja pelembut pakaian dengan menggunakan bahan sedia ada di rumah.

Baca juga: Cara Bersihkan Penutup Lubang Bilik Air Yang Kotor, Sembur 1 Bahan Je!

CARA DIY PELEMBUT PAKAIAN, MUDAH JE

PELEMBUT PAKAIAN

Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak begitu mahal dan mudah untuk didapatkan. Jom cuba!

1. Cuka

Asid yang ada di dalam cuka boleh membuat pakaian rasa lebih lembut apabila disentuh. Caranya mudah sahaja:

– Tuang 1/2 hingga 1 cawan cuka putih ke pakain semasa membasuh.

– Basuh seperti biasa menggunakan mesin basuh.

2. Pelembut rambut

Pelembut rambut juga boleh digunakan sebagai pelembut pakaian. Walau bagaimanapun, pastikan anda memilih perapi rambut yang tidak mengandungi pewarna.

Bahan diperlukan:

  • Air suam
  • Cuka putih
  • Pelembut rambut

– Campurkan 1 1/2 cawan air suam, 3/4 cawan cuka dan 1/2 cawan perapi rambut ke dalam bekas.

– Kacau sehingga sebati dan sedia digunakan setiap kali membasuh baju.

3. Baking soda

Sediakan bahan iaitu:

  • 1 cawan baking soda
  • 6 cawan cuka
  • 10-15 titis minyak pati

– Mula-mula masukkan baking soda ke dalam bekas plastik.

– Seterusnya masukkan 1 cawan air untuk permulaan.

– Perlahan-lahan tambah cuka ke dalam bekas.

– Kemudian masukkan baki air dan titiskan minyak pati pilihan anda.

– Sebatikan dan boleh tambah 1 cawan ke dalam mesin basuh sebagai pelembut pakaian.

Mudah sahaja kan? Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Mask Muka Paling Viral Di Korea, Kulit Pasti Licin & Berkilat!

Sumber: The Spruce & Food

Kredit imej: Everyday Cheapskate

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×