Cantik

Cara Buat Mask Muka Paling Viral Di Korea, Kulit Pasti Licin & Berkilat!

19
SHARES
MASK MUKA TERBAIK

Rata-rata wanita berkongsi satu impian yang sama iaitu ingin memilki kulit wajah licin berseri. Selain menggunakan produk penjagaan kulit, anda juga boleh cuba mask muka terbaik dan viral seperti perkongsian di bawah.

Mask buatan sendiri ini hanya memerlukan 3 bahan utama sahaja dan hanya perlu mencampurkannya sekali. Tak perlu bayar mahal-mahal untuk dapatkan kulit idaman anda.

Baca juga: Cara Hilangkan Sunburn Guna 4 Bahan Di Dapur, Kulit Pun Boleh Glow Juga!

MASK MUKA TERBAIK GUNA BIJI RAMI, KULIT JADI LICIN

MASK MUKA TERBAIK

Bahan-bahan diperlukan:

  • Biji rami (flaxseed)
  • Tepung beras
  • Air

Cara-cara penyediaan:

1. Letak biji rami, air dan tepung beras secukupnya ke dalam kuali.

2. Buka api dan masak sehingga menjadi seperti pes serta pekat.

3. Kemudian, biarkan sehingga sejuk.

4. Bila dah sejuk, sapu di seluruh muka dan biarkan sehingga 20 minit.

5. Setelah itu, bilas menggunakan air bersih.

Kulit anda akan rasa lembut, licin dan berkilat.

Selain digunakan untuk kulit, biji rami juga mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan. Antaranya adalah:

  • Membantu proses pencernaan
  • Mengawal paras gula
  • Mengurangkan risiko diabetes
  • Menurunkan berat badan
  • Mengurangkan rasa lapar
  • Kaya dengan omega 3
  • Mencegah kanser
  • Kaya dengan fiber
  • Menurunkan kolesterol

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara DIY Daun Jambu Batu Jadi Masker Muka, Confirm Mulus & Licin Macam Kulit Telur!

Sumber: Syeda Kainat & Eating Well

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×