DIY & Kraf

DIY 3 Jenis Peel Off Mask Di Rumah Untuk Kulit Nampak Glowing, Mudah Je!

97
SHARES

Peel off mask fungsinya lebih kurang seperti mask biasa. Tapi, peel off mask lebih melindungi kulit anda dari kotoran. Tekstur peel off mask kebanyakannya adalah gel form dan mask ini amat sesuai untuk mengurangkan pigmentasi serta mengecilkan pori di muka. Sekarang, anda boleh DIY peel off mask di rumah dengan bahan yang mudah didapati di rumah.

KEBAIKAN PEEL OFF MASK

Detoxifies

Peel off mask berfungsi untuk detoxify kulit iaitu membuang segala kekotoran, habuk dan sisa make up yang lekat pada muka.

Membersihkan

Ia membersihkan muka dari segala toksik di atas muka yang akan menyebabkan pori tersumbat, breakouts dan jerawat.

Mencerahkan

Selain menghilangkan segala kekotoran di atas muka, ia juga boleh mencerahkan kulit dan beri glow effect kepada kulit.

DIY PEEL OFF MASK ANDA

1.Telur & lemon 

Bahan-bahan:

Sebiji telur

Olive oil 1 sudu kecil

Jus lemon 4-5 titik

Tisu 4-5 helai

Cara: Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan jus lemon dan olive oil. Kacau hingga sebati. Bersihkan muka anda dan sapukan campuran telur, jus lemon dan olive oil ke atas muka. Lekatkan kertas tisu pada atas lapisan mask tadi dan sapukan satu lagi lapisan nipis pada tisu tadi. Tunggu hingga kering dan boleh peel mask tadi.

2.Susu & madu

Bahan-bahan:

Serbuk agar-agar 1 sudu besar

Susu panas 2 sudu besar

Madu 1 sudu besar

Jus lemon

Cara: Campur serbuk agar-agar dan susu panas. Kacau hingga sebati dan masukkan jus lemon dan madu. Bersihkan muka sebelum sapukan campuran tadi menggunakan berus. Tunggu hingga kering dan peel mask. Basuh muka dan lap kering. Ia membantu mengurangkan blackhead pada muka.

3.Oren

Bahan-bahan:

Jus oren 4 sudu besar

Serbuk gelatin 2 sudu besar

Cara: Larutkan serbuk gelatin ke dalam jus oren dengan api yang perlahan sehingga teksturnya menjadi gel. Bila gel kurang panas. Sapukan 3 lapisan rata pada muka. Peel mask tersebut apabila kering. Basuh muka menggunakan air sejuk dan lap hingga kering.

Dengan bahan yang sedia ada, boleh cuba sendiri di rumah.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×