Sebagai seorang wanita, penjagaan penampilan terutamanya kebersihan kulit adalah sangat penting. Inilah yang akan membantu menaikkan tahap keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai. Jadi penggunaan pelembap, jenis pencuci muka yang sesuai serta serum menjadi kewajiban namun kenapa kulit masih tidak berseri yang anda idamkan?
Hal ini kerana, menggunakan pembersih muka yang tidak sesuai untuk jenis kulit tertentu sebenarnya boleh mendatangkan malapetaka pada kulit anda! Berikut merupakan cara untuk anda tahu bahawa pencuci muka yang digunakan adalah sia-sia…
Baca juga: Tips Kempiskan Perut Buncit Ibu Lepas Bersalin, Buat Jamu Ekspres Guna 4 Bahan Dapur Ini
MACAM MANA NAK TAHU JENIS PENCUCI MUKA TAK SESUAI?
1.Kulit Rasa Kering dan Tegang
Jika kulit anda berasa kering dan tegang selepas dibersihkan, sebenarnya anda sedang menggunakan pencuci muka yang tidak sesuai. Perasaan kering dan tegang yang anda alami selepas menggunakan pencuci muka yang salah berlaku kerana pembersih itu telah menghilangkan minyak semula jadi kulit dan menjejaskan tahap pH kulit anda.
Bukan sahaja kulit anda lebih kering selepas menggunakan pembersih yang salah, tetapi kulit tidak akan menyerap pelembap yang digunakan juga. Ini dengan mudah boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering secara kronik.
2.Jerawat atau Breakout
Pembersih muka yang betul mengisi semula elemen penghidratan yang hilang dan mengekalkan tahap pH semula jadi dan fungsi penghalang kulit anda. Apabila pembersih muka mengandungi surfaktan, agen berbuih atau pengawet yang tidak diperlukan, ia boleh menjadi terlalu agresif, menghilangkan penghalang semula jadi kulit. Ini boleh menyebabkan kulit anda menghasilkan lebihan minyak, menyebabkan jerawat muncul. Guna pencuci untuk hilangkan jerawat tetapi makin banyak pula..
3.Kulit kasar
Lama kelamaan, penggunaan pencuci yang salah boleh menyebabkan tekstur kulit menjadi lebih kasar. Selain itu, masalah kulit yang sedia ada, seperti psoriasis dan dermatitis, mungkin menjadi lebih teruk, membawa kepada tona kulit tidak sekata dan tompok kasar dan kering.
4.Kekusaman
Siapa sahaja yang tidak inginkan wajah berseri-seri? Menggunakan pencuci muka yang tidak sesuai boleh menyebabkan kulit muka kusam dan tidak sekata. Jika anda mempunyai kulit kusam, anda boleh menggunakan tisu kulit yang menghidratkan untuk menyegarkan kembali penampilan anda.
5.Kemerahan dan Sensitiviti
Pembersih muka yang tidak sesuai akan mengganggu persekitaran mikro kulit anda yang sangat halus. Ini yang boleh mengakibatkan kulit merengsa dan meradang. Kalau anda perasan, pantang terdedah sebentar di tengah panas pun dah kemerah-merahan.
MACAM MANA NAK TAHU PENCUCI ITU BAGUS UNTUK ANDA?
Sebelum memilih pencuci muka yang bagus, anda kena semak semula umur anda, sebarang keadaan kulit yang sedia ada, dan jenis kulit. Semuanya harus dipertimbangkan apabila anda memilih pembersih wajah yang sesuai sebelum membuat perbandingan ciri asas bahan dalam pembersih wajah.
Pastikan, pembersih wajah yang dibeli tidak merosakkan tahap Ph kulit sedia ada malah menambah lagi kehidratan kulit supaya mendapat ‘glass skin’ yang diidamkan ramai wanita.
Baca juga: Jeragat Muka Boleh Pudar Bila ‘Tonyoh’ Muka Dengan 2 Bahan Dapur Ini, Paling Senang!
Sumber: MineTanBodySkin.com