Cantik

Selama Ini Rambut Gugur Teruk Sebab Salah Teknik Shampoo, Tukar Ke 3 Cara Ini Pula

3.4K
SHARES
rambut gugur teruk

“Aku ni salah cara cuci rambut ke? Setiap kali basahkan rambut mesti akan rambut gugur teruk, kenapa eh?”

Masalah keguguran rambut sering menghantui ramai dalam kalangan kita khususnya kaum wanita. Tambah pula setiap kali basahkan dan mencuci rambut, mula lah helaian rambut ini akan gugur dengan teruk sampai sampai botak kepala dibuatnya. Produk ‘shampoo’ rambut yang bersesuaian telah digunakan namun masih ada masalah yang sama, kenapa ya?

Baca juga: Patutlah Nenek-Nenek Suka Simpan Air Beras, Rupanya Ada Khasiat Yang Ramai Tak Tahu!

CARA CUCI RAMBUT YANG BETUL, SELAMA INI RAMBUT GUGUR TERUK!

rambut gugur teruk

Rupanya kita terlepas pandang cara cuci rambut yang betul terutama sekali cara ‘shampoo’ rambut. Berdasarkan perkongsian dari Nunnajmeen ini baru kita tahu bahawa penyebab rambut gugur teruk adalah kerana salah cara kita mencuci rambut!

Salah satu sebab utama rambut banyak gugur waktu kita basuh rambut adalah CARA KITA SHAMPOO TU SALAH. I start to shampoo properly 30 days ago. Today, memang nampak improvements. Dah kurang dah helaian rambut gugur! Meh I share 3 tips untuk shampoo effectively:

1. Urut & Sikat rambut SEBELUM basahkan kepala

I suka pakai wide tooth comb jenis kayu yang gigi dia tumpul tu. Jangan lupa urut and sikat belakang kepala juga. Dari kawasan tengkuk dan ke atas. Buat dalam 5 minit untuk bagi peredaran darah berjalan lancar.

2. Double cleansing

Yang ini untuk yang shampoo selang 2-3 hari je tau. Double cleansing ini tidak disarankan untuk lakukan setiap hari. Kenapa I cakap double cleansing instead of double shampoo? Sebab once a week my double cleansing consists of Shampoo + Hair Treatment Rinse.

Double Cleansing in Hair Care, ada 2 cara:

1. Shampoo + Shampoo
2. Shampoo + Hair Treatment Rinse (HTR)

3. Jangan terus bilas

Biarkan shampoo ‘berehat’ dan menyerap di kulit kepala dan rambut buat sementara. Bagi semua bahan-bahan yang ada dalam shampoo untuk serap ke dalam akar rambut selama 5-15 minit. Dah ratakan shampoo dekat kepala tu, anda bersihkanlah tandas ke apa ke.

rambut gugur teruk

*Patutlah setiap kali cuci rambut di salun pasti tidak akan mengalami masalah rambut gugur teruk. Rupanya mereka selalu buat tiga langkah ini!

Baca juga: Kulit Gebu Bebas Jerawat Dengan Masker Guna Beras Pulut, Petua Kecantikan Orang Siam!

Sumber: Twitter @nunnajmeen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×