Cantik

Tak Rugi Beli Tomato Banyak-Banyak Sebab Boleh DIY Scrub Tomato+Gula Paling Viral Ini!

779
SHARES
scrub tomato

Sudah semestinya, tomato merupakan salah satu bahan penting untuk ada di mana-mana dapur kerana telah terbukti sebagai penambah rasa yang lazat dalam setiap masakan. Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa selain sangat hebat di dapur, tomato juga boleh dijadikan sebagai scrub tomato untuk kulit?

Mudah sahaja caranya untuk membuat secara DIY scrub tomato untuk kulit wajah ini. Bukan sahaja mudah malah, bahan-bahan yang lain untuk digunakan bersama pun merupakan barangan boleh dijumpai di dapur sahaja. Jom cuba sekarang!

Baca juga: Baru Tahu Ada Gabungan Bahan Yang Boleh Dan Tak Boleh Dalam Skincare, Kena Check!

SCRUB TOMATO UNTUK KULIT, BAHAN MAGIS UNTUK KULIT CANTIK!

scrub tomato

Buah berair ini padat dengan vitamin dan nutrien yang sangat berfaedah untuk kulit wajah dan anda pasti menyesal kerana tidak menggunakannya sebelum ini. Bahagian terbaik mengenainya ialah ia sangat mudah didapati di setiap rumah dan boleh digunakan dalam hampir semua bentuk. Antara manfaat anda mengamalkan scrub tomato ini adalah:

1. Menghilangkan Kulit Mati : Sapukan isi tomato terus pada muka anda dan bilas selepas beberapa ketika untuk kesan terbaik.

2.Mengurangkan Minyak : Selepas memotong tomato kepada dua bahagian, ambil sekeping dan gosokkannya dengan teliti pada muka anda dan bilas dengan air selepas 10-15 minit untuk mendapatkan kulit yang licin dan bebas minyak.

3.Bertindak Sebagai Pelindung Matahari Semulajadi : Campurkan dua sudu yogurt kosong dengan separuh daripada tomato yang dihancurkan dan sapukan pada muka anda. Basuh selepas 15-20 minit.

Macam mana pula nak buat scrub tomato? Selain hanya tomato semata-mata, anda boleh campurkan bersama gula dan bekukan tomato ini seperti yang dikongsikan oleh pakar-pakar kecantikan. Jom buat!

1.Tomato + Gula

Gabungan gula dan tomato menjadikan scrub muka yang sangat berkesan untuk kulit muka yang mengelupas. Gula bertindak sebagai agen scrub tomato utama, dapat menanggalkan sel kulit mati dan menjana semula sel kulit baharu yang segar.

Apa yang anda perlu buat dan ada adalah:

-Sebiji tomato

-Gula ( gula putih/gula perang)

-Potong dua, ambil tomato dan tekapkan dalam gula

-Selepas itu, sental dan gosok ke muka secara perlahan, kalau boleh secara putaran (circular motion) supaya kesemua bahagian diaplikasi sebaiknya dan membuang sel kulit mati.

-Biarkan selama 5 ke 10 minit dan bilas dengan air. Sebaiknya lakukan 2 atau 3 kali seminggu tetapi ingat, jangan disental terlalu kuat di wajah ya.

2. Tomato Beku

Kiub ais tomato atau sebiji buah tomato yang beku adalah tambahan yang luar biasa untuk rutin penjagaan kulit anda. Tomato beku ini dapat menghilangkan parut dan jerawat, mengurangkan bintik hitam, membersihkan kulit, melambatkan penuaan dan kedutan, menghilangkan bengkak, mengurangkan lingkaran hitam, membuka liang tersumbat, melancarkan peredaran darah, menenangkan kulit. Banyaknya manfaat scrub tomato!

Apa yang anda perlu buat dan ada adalah:

-Sebiji tomato dipotong dua dan disimpan dalam peti sejuk semalaman

-Esoknya ambil sebelah (sebelah lagi diguna untuk hari lain)

-Gosok di muka selama 15 minit

-Biarkan seketika, urut supaya kesemuanya masuk ke dalam kulit, cuci muka seperti biasa. Paling terbaik dilakukan setiap hari sebelah pagi tapi kalau kekangan masa, memadai 2 kali seminggu.

scrub tomato

Foto: StyleCraze

*Untuk keputusan dapat dilihat dengan segera, sapu tomato di muka sekurang-kurangnya setiap hari atau 2/3 kali seminggu mengikut keadaan kulit anda. Selepas ini, jangan risau tomato dalam peti sejuk tak habis kerana boleh digunakan untuk scrub tomato muka pula tau!

Baca juga: 7 Perkara WAJIB Buat Semasa Cuci Muka, Barulah Sebiji Jerawat Pun Tak Tumbuh!

Sumber: Femina, Pesona Pengantin

Feature image: StyleCraze

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×