Sihat

Muka Cantik Tapi Telinga Pekak Pada Usia Muda, AWAS..Rawat Sebelum Terlambat!

7
SHARES
telinga pekak

“Alamak tak dengar la apa awak cakap? Saya rasa macam telinga pekak dah ni..”

Sedar atau tidak, ramai dalam kalangan kita yang menghadapi masalah pendengaran pada usia yang muda. Setiap kali bersembang dengan kawan-kawan mesti ada sahaja perkataan yang tidak didengari dan minta untuk ulang semula. Kenapa dalam usia yang muda pun telinga dah pekak?

Berikut merupakan perkongsian dari Dr. Samhan mengenai cara untuk anda elakkan telinga menjadi pekak sejak dari usia muda. Kalau muka sahaja cantik tapi telinga pekak pun tak ‘matching’ lah kan?

Baca juga: Petua Hilangkan Cacing Dalam Perut Guna Asam Keping, InsyaAllah…Mujarab Hasilnya!

KENAPA ORANG MUDA CEPAT TELINGA PEKAK?

telinga pekak

“Doktor, telinga saya macam pekak la”

“Saya tengok telinga adik ni tak tersumbat. Jangkitan telinga pun takda. Mungkin ada masalah gegendang telinga”

“Saya selalu guna earphone,kadang-kadang sampai sehari. Ada kaitan tak?”

Sudah jadi trend remaja zaman sekarang menggunakan earphone/earbud/headphone samada untuk dengar muzik, main games dan tengok movies. Stylo kan? Lebih teruk ada yang guna sampai keesokkan paginya sambil tidur. Tahu tak penggunaan alat ini dalam jangka masa yang lama dan kuat boleh jadi pekak?

Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) pernah melaporkan kira-kira 1.1 bilion penduduk dunia yang berumur antara 12 tahun sehingga 23 tahun berisiko mengalami masalah pendengaran kerana tahap bunyi yang tidak selamat daripada peralatan rekreasi (alat audio, konsert & tempat kerja)

Telinga manusia hanya mampu mendengar sekitar 20 Hz sehingga 20000 Hz (20kHz) dan jika ianya lebih dari itu, secara perlahan-lahan telinga akan mula hilang daya pendengaran.

TIPS ELAK JADI PEKAK DI USIA MUDA

1. Elak penggunaan ‘earbud’

Earbud mempunyai speaker kecil dengan kelantangan besar yang mampu memberikan kesan lebih besar pada pendengaran berbanding dengan headphone yang hanya dipakai di luar telinga. Gantikan penggunaan earbud kepada headphone.

2. Tetapkan setiap penggunaan earphone tidak lebih dari 90 minit

Ramai yang tidak tahu bahawa penggunaan earphone/headphone akan menghasilkan gelombang elektromagnetik yang boleh mengganggu fungsi otak. Oleh itu, setiap 90 minit penggunaan earphone, kalian harus rehatkan telinga agar kesihatan telinga tidak merosot sehingga menjejaskan pendengaran.

3. Beri masa rehat untuk telinga perbaiki kerosakan

Telinga kita memerlukan 16 jam untuk memperbaiki kerosakan yang disebabkan oleh bunyi kuat sepanjang malam.

4. Tetapkan tahap bunyi tidak lebih dari separuh

Kekalkan penggunaan volume earphone pada paras 60 peratus atau kurang darinya. Biasakan diri mendengar bunyi dengan volume yang rendah kerana kekuatan bunyi melebihi 90 desibel hingga 15 minit secara berterusan akan menyebabkan gegendang telinga mengalami rosak yang teruk.

5. Minimum Penggunaan Earphone

Bagi yang gemar memakai earphone 24 jam sehari, siang dan malam. Tabiat sebegini harus di buang, ingat telinga adalah salah satu anggota badan kita juga dan memerlukan rehat yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.

*Jadi, jangalah terlampau kuat lagu yang anda dengar menggunakan headphone atau earphone tersebut. Tak cukup cantik dan kacak lah kalau telinga kurang dengar kan?

telinga pekak

Baca juga: Telinga Bau Busuk Jangan Disangka Benda Biasa, Rupanya 5 Sebab Ini Boleh Bawa Mudarat!

Sumber: Twitter @Dr.Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×